Utusan Borneo (Sarawak)

Bekalan elektrik dua lagi kilang kitar semula plastik haram dipotong

-

SUNGAI PETANI: Dua lagi kilang kitar semula plastik haram di sini, tidak akan dapat beroperasi setelah bekalan elektrik di premis berkenaan dipotong serta-merta dalam satu operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi semalam.

Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sains dan Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar negeri, Simon Ooi Tze Min berkata operasi hampir empat jam bermula jam 9.30 pagi itu dijalankan di sekitar daerah Kuala Muda.

“Sehingga hari ini (semalam), sebanyak 10 kilang haram telah dipotong bekalan elektrik antaranya di kawasan Perindustr­ian Taman Ria Jaya, Bakar Arang, Taman Songket Indah dan Pinang Tunggal. Selepas ini beberapa kilang lagi yang akan dikenakan tindakan yang sama.

“Sebelum ini ada kilang yang telah diarahkan tutup tetap menjalanka­n operasi secara haram, jadi saya lihat langkah pemotongan bekalan elektrik ini adalah sangat berkesan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Arang itu berkata keadaan pencemaran udara oleh kilang-kilang kitar semula di daerah Kuala Muda masih terkawal, malah sebenarnya hanya terdapat kurang 20 kilang haram dan bukan 100 seperti didakwa.

“Sebelum ini ada badan bukan kerajaan (NGO) cakap ada 100 kilang haram tapi kalau ikut data ia tidak tepat, tapi jika mereka ada maklumat, saya minta mereka salurkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan susulan dapat diambil.

“Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa menjalanka­n pemeriksaa­n bagi memastikan kilang yang beroperasi ada lesen, dan ada beberapa kilang yang diberi kebenaran untuk beroperasi sementara walaupun masih belum dapat lesen, dan jika mereka patuhi syarat yang ditetapkan, kita akan beri lesen,” katanya.

Pada 9 Julai lalu, Ooi berkata kerajaan negeri mengarahka­n Majlis Perbandara­n Sungai Petani Kedah (MPSPK) untuk mengambil tindakan menjalanka­n operasi menutup kilang-kilang yang beroperasi tanpa lesen dengan ‘sitaan pita kuning’. — Bernama KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil pihak yang mendakwa melihat kejadian seorang lelaki yang dilaporkan maut dalam pergaduhan pada Sabtu di Lebuhraya Utara Selatan berhampira­n persimpang­an Bandar Baru Bangi, susulan satu kemalangan, untuk membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata pihaknya sedang mengesan individu terlibat untuk dipanggil memberi keterangan berdasarka­n dakwaan yang dibuat mereka melalui hantaran dan komenkomen di media sosial.

“Pihak polis sentiasa memantau media sosial, kita pantau apa yang ditulis, dikomen dalam media sosial berhubung kes ini. Sebab itu, kita minta netizen supaya tidak keluarkan apa-apa kenyataan yang salah dan bertentang­an kerana ia boleh memudaratk­an mereka,”

Pihak polis sentiasa memantau media sosial, kita pantau apa yang ditulis, dikomen dalam media sosial berhubung kes ini. Sebab itu, kita minta netizen supaya tidak keluarkan apaapa kenyataan yang salah dan bertentang­an kerana ia boleh memudaratk­an mereka.

SAC Fadzil Ahmat

MELAKA: Sebuah ambulans terbakar di bahagian enjin selepas seminit selesai memindahka­n seorang pesakit dari Unit Kecemasan ke Wad E Hospital Melaka pagi semalam.

Pegawai Perhubunga­n Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Melaka, Soon Wee Kiang berkata dalam kejadian kira-kira jam 8.11 pagi itu, pemandu ambulans tersebut cuba memadamkan kebakaran apabila menyedari bahagian hadapan kenderaan berasap dan terbakar.

“Pemandu terbabit bertindak memadam kebakaran dengan menggunaka­n alat pemadam api dan gelung hos yang terletak berhampira­n sehingga pasukan bomba sampai.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan operasi memadam kebakaran berjaya diselesaik­an kira-kira jam 8.29 pagi dengan bantuan 16 anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini semalam.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran di Hospital Melaka seperti yang tular di media sosial semalam.

“Untuk makluman semua, setakat hari ini (semalam) JBP Melaka hanya menerima satu panggilan iaitu kebakaran ambulans pada pagi tadi (semalam) sahaja,” katanya. — Bernama

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor

katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.

Sementara itu, ditanya sama ada kes itu dirujuk sebagai kes buli jalan raya, beliau enggan mengulas perkara itu.

“Saya enggan mengulas kes berkenaan kerana masih dalam siasatan lagi dan polis siasat kes ini di bawah Seksyen 302 kerana membunuh serta mengikut undang-undang,” katanya.

Selain itu, Fadzil berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk menahan pihak yang menyebarka­n maklumat palsu dan membangkit­kan isu perkauman menerusi media sosial berhubung kes itu.

“Polis masih dalam proses mengenal pasti latar belakang individu terlibat dan berharap orang ramai jangan memburukka­n keadaan sebaliknya tampil ke balai polis jika mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini,” katanya.

Dalam insiden itu, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, dilaporkan maut selepas dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu lelaki lain ekoran pergaduhan antara mereka yang didahului dengan satu kemalangan kecil melibatkan kenderaan mereka.

Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes yang dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Keduadua mereka direman tujuh hari sehingga 17 Ogos ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBURU: DSP Wan Fauzi menunjukka­n fotofit suspek berusia 50-an yang diburu polis kerana terlibat dalam kes tetak bekas isterinya menggunaka­n sebilah golok di hadapan sebuah bank, di Kuala Krai pada 1 Ogos lalu pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, Kuala Krai semalam.
— Gambar Bernama DIBURU: DSP Wan Fauzi menunjukka­n fotofit suspek berusia 50-an yang diburu polis kerana terlibat dalam kes tetak bekas isterinya menggunaka­n sebilah golok di hadapan sebuah bank, di Kuala Krai pada 1 Ogos lalu pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, Kuala Krai semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia