Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat dijumpai di kawasan operasi SAR Nora Anne

-

NILAI: Mayat, dipercayai seorang wanita, ditemui kira-kira dua kilometer dari resort The Dusun, Pantai di sini, selepas 10 hari remaja Ireland Nora Anne Quoirin, dilapor hilang ketika menginap di resort itu bersama keluargany­a.

Mayat itu ditemui pada jam 1.57 tengah hari dan setakat ini polis belum mengesahka­n identiti mayat itu.

“Mayat ditemui dalam keadaan sempurna. Mayat dalam keadaan baik dan kami akan panggil wartawan untuk sidang media dalam beberapa jam lagi,” kata Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusof di sini.

Sidang media membabitka­n kumpulan media tempatan dan media asing dijadual diadakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor.

Berita penemuan mayat itu mula ‘dihidu’ kumpulan wartawan sekitar jam 2.30 petang semalam apabila polis menutup laluan ke resort itu dengan memasang pita garisan kuning iaitu penanda kawasan siasatan jenayah.

Serentak itu media juga diarah untuk kekal berada di khemah pusat operasi mencari dan menyelamat (SAR) di pintu masuk sebuah resort di Pantai, Seremban di sini.

Kawasan itu mula ‘sibuk’ dan kelihatan sepasukan anggota SAR mula bergegas lari turun ke satu lagi pintu masuk resort berkenaan, yang disusuli petugas media yang ingin tahu apa yang berlaku.

Unit Forensik Polis dan bomba dilihat memasuki kawasan itu pada jam 3.15 petang.

Mohamad berkata setakat ini keluarga Nora Anne belum lagi dibawa ke kawasan penemuan itu untuk pengecaman mayat.

Sementara itu, dalam kenyataan yang dikeluarka­n semalam oleh Lucie Blackman Trust, sebuah badan amal Britain yang memberi sokongan kepada warganya semasa menghadapi krisis di luar negara, berkata: “Pada masa ini kami tidak dapat mengesahka­n ia adalah Nora. Bagaimanap­un, dukacita bahawa kemungkina­n itu ada. Siasatan sedang dijalankan untuk mengesahka­n identiti dan punca kematian.”

Nora Anne, 15, disedari hilang dari bilik penginapan­nya di sebuah resort di pantai oleh keluargany­a pada jam 8 pagi 4 Ogos. Remaja yang mengalami masalah pembelajar­an itu tiba bersama keluarga di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di negara ini.

Berikutan laporan kehilangan­nya yang turut mendapat liputan media antarabang­sa, pihak berkuasa melancarka­n operasi mencari dan menyelamat remaja itu membabitka­n lebih 300 orang daripada unit-unit dalam Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia, Jabatan Perhutanan negeri, Sapura serta penduduk tempatan.

Kelmarin, keluarga remaja itu menawarkan ganjaran RM50,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga gadis itu dijumpai.

Selain liputan harian oleh media antarabang­sa, polis dari Ireland, England dan Perancis juga dilapor berada di Malaysia bagi membantu siasatan kes kehilangan remaja itu. — Bernama KUALA KRAI: Polis sedang mengesan seorang lelaki warganegar­a Pakistan, Sultan Amir Najeem, 50-an, yang dipercayai menetak bekas isterinya menggunaka­n sebilah golok di hadapan sebuah bank di sini, pada 1 Ogos lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, DSP Wan Fauzi Wan Ishak berkata, serbuan ke atas rumah rumah suspek di Machang mendapati lelaki itu telah melarikan diri.

“Selepas menetak bekas isterinya dan suami baharu mangsa, suspek tidak pulang ke rumahnya namun kami percaya suspek masih berada di negeri ini dan usaha mencarinya masih giat dijalankan.

“Susulan itu kami memohon orang ramai menyalurka­n maklumat untuk menjejaki suspek,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai di sini, semalam.

Wan Fauzi berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabka­n kecederaan parah dengan senjata.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang wanita berusia 48 tahun parah ditetak oleh bekas suami mangsa berikutan suspek yang cemburu selepas wanita berkenaan berkahwin pada April lepas.

Suami mangsa berusia 45 tahun turut cedera di jari dan lengan berikutan berlaku pergelutan ketika menyelamat­kan isterinya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia