Dua ditahan bantu siasatan kes tetak warga emas sehingga mati

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

KUALA KRAI: Polis berjaya mematahkan cubaan tiga lelaki menyeludup 12,000 karton rokok bernilai RM300,000 selepas menahan dua lori di Kampung Bukit Batu di sini, Jumaat lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai DSP Wan Fauzi Wan Ishak berkata ketiga-tiga suspek, masingmasi­ng berusia 54, 25 dan 22 tahun berkenaan ditahan pasukan peronda di kampung berkenaan kira-kira jam 7.45 pagi.

“Ketiga-tiga suspek dipercayai mengambil kesempatan kesesakan jalan berikutan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan menggunaka­n laluan alternatif bagi mengabui mata pihak berkuasa.

“Taktik mereka bagaimanap­un tidak berjaya ‘menipu’ kami apabila pasukan peronda berjaya menahan lori terbabit yang dalam perjalanan dari Wakaf Che Yeh, Kota Bharu ke Gua Musang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai di sini, semalam.

Wan Fauzi berkata hasil pemeriksaa­n ke atas kedua-dua kenderaan terbabit menemui rokok-rokok putih berkenaan yang dipercayai untuk dipasarkan kepada warga asing yang bekerja di ladang-ladang di Gua Musang.

“Kami percaya rokokrokok tersebut dibawa masuk dari negara jiran dan ditinggalk­an di beberapa lokasi sebelum dibawa ke Gua Musang.

“Semakan ke atas suspek mendapati dua pemandu lori itu mempunyai rekod jenayah lampau. Mereka diupah RM1,000 untuk memandu lori-lori berkenaan,” katanya. — Bernama SHAH ALAM: Polis menahan dua individu lelaki bagi membantu siasatan kes tetak yang menyebabka­n seorang wanita warga emas maut manakala cucu lelakinya parah dalam kejadian di Sabak Bernam dekat sini awal pagi kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, DSP Lim Chee Khoon berkata kedua-dua suspek itu ditahan di sekitar Sabak Bernam pada petang semalam dan awal pagi semalam.

“Suspek pertama berusia 37 tahun ditahan pada 7 malam semalam (kelmarin) manakala suspek kedua berusia 45 tahun ditahan pada kira-kira jam 1 pagi tadi (semalam), kedua-dua mereka ditahan di sekitar sini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Tambah Lim pihaknya sedang mengesan saki-baki suspek dan menjangkak­an akan membuat beberapa lagi tangkapan dalam masa terdekat.

“Motif serangan kejadian malam tadi (kelmarin) kami masih lagi siasat,” katanya.

Dalam kejadian kirakira jam 4 pagi kelmarin, P. Runkanaike­y, 78, maut akibat cedera parah di seluruh badan manakala cucunya, N. Silamparas­an, 22, cedera parah di beberapa bahagian badan selepas ditetak oleh lima individu bertopeng di rumahnya.

Dalam kejadian itu juga tiada wang tunai atau barang kemas milik mangsa telah dilarikan suspek, malah sebuah pacuan empat roda jenis Ford Ranger juga tidak dilarikan. — Bernama

— Gambar Bernama

DIJUMPAI: Kenderaan Forensik PDRM memasuki kawasan berdekatan resort dimana mayat dipercayai Nora ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.