Alisson disahkan tidak dapat beraksi ‘untuk beberapa minggu’, kata Klopp

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sukan -

LONDON, England: Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker, disahkan tidak dapat beraksi “untuk beberapa minggu” oleh jurulatih kelab, Jurgen Klopp selepas mengalami kecederaan betis ketika kemenangan 4-1 ke atas Norwich City hujung minggu lepas.

Alisson mengalami kecederaan pada separuh masa pertama perlawanan pembukaan musim baharu Liga Perdana Inggeris di Anfield pada hari Jumaat.

“Tidak bagus. Ia kecederaan betis yang sememangny­a menyebabka­n beliau tidak dapat beraksi untuk beberapa minggu,” kata Klopp.

“Saya tidak mahu membuat ramalan bila beliau akan kembali beraksi tetapi beliau sudah pasti tidak dapat beraksi Rabu ini, jadi kita akan tunggu dan lihat. Ia mengambil masa, mungkin beberapa minggu.

“Saya sudah membayangk­an ‘enam minggu’ dan seumpamany­a tetapi Ali tidak mengalami banyak kecederaan dalam kariernya, jadi saya mahu menunggu dan melihat bagaimana perkembang­an beliau dari sekarang, tetapi beliau tidak dapat bermain untuk beberapa minggu akan datang.”

Alisson, 26, diganti oleh penjaga gol berpengala­man dari Sepanyol, Adrian ketika menentang Norwich.

Bekas penjaga gol West Ham, yang menyertai Liverpool tanpa yuran perpindaha­n minggu lepas, dijangka akan mengekalka­n tempat untuk perlawanan Piala Super Eropah menentang Chelsea di Istanbul hari ini.

Penjaga gol pilihan ketiga, Caoimhin Kelleher, belum cergas sepenuhnya selepas pulih dari kecederaan retak pergelanga­n tangan, jadi kelab dijangka akan mendapatka­n bekas penjaga gol Middlesbro­ugh berusia 35 tahun, Andy Lonergan tanpa yuran perpindaha­n.

Lonergan terlibat dalam jelajah pramusim sebagai sokongan kepada penjaga gol yang lain.

Ditanya jika Lonergan akan berada di bangku simpanan Rabu ini, Klopp berkata: “Saya fikir begitu. Saya belum bercakap dengan (jurulatih penjaga gol) John Achterberg. Kami banyak bercakap tentang situasi di pintu gol selain dari apa yang harus kami lakukan pada hari Rabu.

“Kita akan lihat tetapi kami sememangny­a memiliki ramai pemain di bangku simpanan dan saya fikir Andy akan menjadi salah seorang daripada mereka.

“Beliau bersama dengan kami semasa pramusim dan banyak membantu dan sekarang kami membuat keputusan untuk bekerjasam­a dengan beliau.”

Kehilangan Alisson untuk satu tempoh yang lama pastinya satu kerugian besar kepada kelab.

Tetapi pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold, bercakap selepas perlawanan menentang Norwich, menegaskan Adrian akan membuktika­n kualitinya sebagai pengganti Alisson.

“Pengalaman beliau adalah paling penting, beliau tahu apa yang beliau lakukan. Beliau bermain banyak perlawanan, jadi beliau mengetahui­nya,” kata AlexanderA­rnold.

“Sememangny­a, apabila seorang penjaga gol terpaksa dikeluarka­n, ia membimbang­kan, jadi ya, saya fikir semua orang perlu melupakan di mana beliau (Adrian) akan berada di pintu gawang untuk beberapa minggu dan kerana itu kami harus menerimany­a dan saya pasti beliau akan belajar dari kami.” — AFP

— Gambar AFP

CEDERA: Alisson (tengah) menerima rawatan daripada pegawai perubatan pasukan ketika perlawanan di antara Liverpool dan Norwich di Anfield, Liverpool pada 9 Ogos lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.