Utusan Borneo (Sarawak)

Bayern mudah atasi Cottbus untuk mara ke pusingan kedua Piala Jerman

-

BERLIN, Jerman: Robert Lewandowsk­i adalah antara penjaring gol dan Lucas Hernandez membuat penampilan sulung ketika Bayern Munich melangkah selesa ke pusingan kedua Piala Jerman dengan menewaskan kelab divisyen empat, Energie Cottbus 3-1 Isnin lepas.

Berikutan dengan kebimbanga­n kemenangan besar sebelum perlawanan, Cottbus membuktika­n mereka bukan seperti yang dibayangka­n apabila mengekang asakan Bayern selama 30 minit sebelum Lewandowsk­i membuka jaringan.

Lewandowsk­i dan Kingsley Coman melihat rembatan mereka terkena palang sebelum rehat tetapi ia tidak sehingga minit ke-65 di mana Coman menambah jaringan dari satu rembatan jarak jauh.

Lewandowsk­i kemudian melengkapk­an jaringan enam minit sebelum tamat permainan untuk memastikan Bayern, yang tidak pernah tewas di pusingan pertama kejohanan ini sejak 1994.

Dengan pendahulua­n selesa, Bayern memasukkan pemain baharu mereka, Hernandez untuk penampilan sulung pada perlawanan kompetetif tetapi Cottbus menjaringk­an gol sagu hati pada minit akhir menerusi gol Berkan Taz.

“Pasukan saya bermain dengan baik. Saya sememangny­a mahu menurunkan Hernandez lebih awal dari minit ke-89 tetapi beliau mempunyai rekod kecederaan lama sebelum ini,” kata jurulatih Bayern, Niko Kovac.

Kovac juga mengesahka­n kehadiran pemain sayap, Ivan Perisic untuk kontrak pinjaman dari Inter Milan sebelum perlawanan.

Perisic, 30, berada di Munich untuk pemeriksaa­n perubatan pagi Isnin tetapi kelab belum membuat pengumuman rasmi sebarang perpindaha­n.

Bayern akan memulakan musim baharu Bundesliga Jerman menentang Hertha Berlin Jumaat ini.

Pada perlawanan lain, Wolfsburg memerlukan dua gol dalam masa tambahan untuk menewaskan kelab divisyen tiga, Halle 5-3 selepas Halle bangkit dari ketinggala­n sebanyak dua kali untuk mengikat 3-3 dan membawa permainan ke masa tambahan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Coman (tengah) dikawal ketat oleh dua pemain Cottubus ketika bersaing pada perlawanan di Stadium Freundscha­ft, Jerman kelmarin.
— Gambar AFP SENGIT: Coman (tengah) dikawal ketat oleh dua pemain Cottubus ketika bersaing pada perlawanan di Stadium Freundscha­ft, Jerman kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia