Utusan Borneo (Sarawak)

Stewart dinaikkan pangkat sebagai pengarah sukan bola sepak AS

-

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS): Bola Sepak AS (US Soccer) mengumumka­n Isnin lepas di mana pengurus besar skuad kebangsaan lelaki, Earnie Stewart, dinaikkan pangkat sebagai pengarah sukan bola sepak bagi menyelia program pasukan bola sepak lelaki dan wanita.

Dalam perubahan terbaharu organisasi, bekas pemenang pingat emas Piala Dunia Wanita dan Sukan Olimpik, Kate Markgraf, dilantik sebagai pengurus pertama pasukan bola sepak wanita.

Presiden US Soccer, Carlos Cordeiro, berkata pelantikan itu adalah usaha terbaharu untuk memastikan “bola sepak diuruskan oleh pakar bola sepak”.

Sebagai pengarah sukan, Stewart menyelia keseluruha­n jabatan prestasi sukan persatuan itu, yang termasuk program pasukan senior lelaki dan wanita dan pasukan remaja.

Cordeiro berkata langkah itu direka untuk memastikan “struktur lebih jelas” yang memberikan lebih komunikasi di antara program.

Stewart, yang bermain 101 kali bersama AS, menghabisk­an masa sebagai pegawai eksekutif di kelab Belanda, NAC Breda dan AZ, selain kelab Philadelph­ia Union dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) sebelum dinamakan sebagai pengurus besar pasukan lelaki AS tahun lepas.

Markgraf, 42, membuat 201 penampilan untuk skuad wanita AS, memenangi Piala Dunia 1999 dan juga dua pingat emas di Sukan Olimpik.

Tugas pertama beliau ialah menyelia pencarian untuk ketua jurulatih baharu pasukan kebangsaan selepas Jill Ellis mengumumka­n dua minggu lepas di mana beliau akan meletak jawatan selepas membimbing AS memenangi Piala Dunia 2019 di Perancis.

Sebagai tambahan menyelia pencarian jurulatih, Markgraf bertanggun­gjawab dengan mewujudkan pelan teknikal dan standard prestasi program senior dan remaja bola sepak wanita. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia