Utusan Borneo (Sarawak)

4-3-3 taruhan skuad wanita ke separuh akhir

Taktikal baharu diterapkan Jacob dalam misi buru empat pasukan terbaik pada Kejuaraan AFF 2019

-

MADRID, Sepanyol: Valencia dijangka akan mendapatka­n pemain pertahanan antarabang­sa Perancis, Eliaquim Mangala dari Manchester City, menurut pengumuman dari kelab La Liga Sepanyol itu Isnin lepas.

Valencia berkata dalam satu kenyataan di mana mereka telah “mencapai persetujua­n awal dengan Eliaquim Mangala untuk beliau menyertai kelab sehingga 30 Jun 2021. Perjanjian hanya disahkan sementara menunggu dokumentas­i.”

Mangala menyertai City dari FC Porto pada 2014 tetapi hilang tempat dalam skuad sebelum berpindah ke Valencia, di mana beliau membuat 33 penampilan dan kemudian menyertai Everton untuk kontrak pinjaman.

Pemain berusia 28 tahun itu tidak bermain dalam skuad senior sejak Februari 2018 selepas tidak bermain selama lapan bulan kerana kecederaan lutut.

Valencia akan memulakan musim baharu La Liga Sepanyol menentang Real Sociedad Sabtu ini, tetapi Mangala mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk meningkatk­an prestasi kecergasan­nya permainann­ya.

Dalam perkembang­an lain, pemain pertahanan antarabang­sa Brazil, Walace Souza Silva, berpindah ke kelab Serie A Itali, Udinese dari kelab Bundesliga Jerman, Hanover, menurut pengumuman Udinese.

Pemain berusia 24 tahun itu bersetuju dengan kontrak lima tahun bersama Udinese selepas beraksi bersama Hamburg dan Hanover dalam Bundesliga.

Pengurus teknikal Udinese, Pierpaolo Marino, menggambar­kan Walace sebagai “pembelian penting” yang akan memberikan “keseimbang­an taktikal kepada pasukan”.

Walace memulakan kariernya di Gremio sebelum berpindah ke Jerman pad 2017, bermain satu musim bersama Hamburg sebelum berpindah ke Hanover, yang disingkirk­an dari Bundesliga pada bulan Mei.

Beraksi lima kali bersama Brazil, beliau bermain di Copa Amerika 2016 dan memenangi pingat emas dalam acara bola sepak lelaki di Sukan Olimpik Rio pada tahun yang sama.

Udinese menamatkan musim lepas di tangga ke12. — AFP SEPANG: Formasi 4-3-3 menjadi taruhan skuad bola sepak wanita negara dalam misi memburu empat pasukan terbaik pada Kejuaraan Persekutua­n Bola Sepak ASEAN (AFF) 2019 di Chonburi, Thailand, pada 15 hingga 27 Ogos ini.

Ia merupakan taktikal baharu diterapkan ketua jurulatih, Jacob Joseph yang lebih menekankan corak permainan menyerang, berbanding bermain secara bertahan menerusi formasi 4-4-2 yang menjadi teras pasukan sebelum ini.

Jacob optimis menerusi taktikal tersebut barisan 23 pemain dengan enam daripadany­a merupakan pemain Bawah 19 Tahun (B-19) mampu memberi saingan dalam aksi kumpulan sekali gus muncul dua pasukan terbaik mara ke separuh akhir.

“Pasukan kini bermain dengan taktikal 4-3-3 untuk menghasilk­an gerakan serangan lebih dinamik serta memberi tekanan kepada lawan di kawasan mereka. Ia adalah senjata utama kita pada kejuaraan kali ini.

“Saya yakin barisan pemain yang dipilih selepas sebulan menjalani latihan intensif di Lumut ini dapat mengaplika­sikan penggunaan taktikal 4-3-3 dengan baik untuk memenangi perlawanan sekali gus mengecapi sasaran ke separuh akhir,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Malaysia yang diundi dalam

Pasukan kini bermain dengan taktikal 4-3-3 untuk menghasilk­an gerakan serangan lebih dinamik serta memberi tekanan kepada lawan di kawasan mereka. Ia adalah senjata utama kita pada kejuaraan kali ini.

Jacob Joseph

Ketua jurulatih

Kumpulan A akan membuka kempen menentang Filipina Khamis ini sebelum bertemu Singapura (19 Ogos), Timor Leste (21 Ogos) dan pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Thailand pada 23 Ogos.

Menurut Jacob, tiket separuh akhir adalah mustahak bagi pasukannya dalam kejuaraan ini untuk mencerahka­n peluang mereka beraksi pada temasya Sukan SEA Filipina 2019, November ini.

Justeru, matlamat Jacob adalah meraih tiga mata penuh dalam ketiga-tiga aksi pertama terutama menentang Filipina selain mencuri satu mata dalam pertemuan terakhir kumpulan berdepan Thailand.

“Dalam Kumpulan A, Thailand adalah pasukan pilihan dan kita telah mempersiap­kan pasukan untuk sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri. Satu mata berdepan mereka adalah bonus terbaik buat kami.

“Kita hanya perlu melepasi Filipina di mana mereka dibarisi ramai pemain berdarah kacukan dari Amerika Syarikat. Berdasarka­n pemerhatia­n terhadap komitmen para pemain, saya yakin kita mampu mengatasi mereka sekali gus ke separuh akhir. Lagi pun kita sudah menilai tahap kekuatan, kelemahan dan barisan pemain mereka (Filipina) sejak enam bulan lepas,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? BERSEMANGA­T: Jacob (dua kiri) bersorak bersama para pemain sebelum berlepas ke Bangkok untuk menghadapi Kejuaraan Wanita AFF 2019 di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur semalam.
— Gambar AFP BERSEMANGA­T: Jacob (dua kiri) bersorak bersama para pemain sebelum berlepas ke Bangkok untuk menghadapi Kejuaraan Wanita AFF 2019 di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia