Utusan Borneo (Sarawak)

Atlet SUKMA N. Sembilan ditentukan pada Okt

-

SEREMBAN: Jumlah atlet Negeri Sembilan yang akan bersaing pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Johor, tahun depan, bakal diketahui selepas pemilihan akhir Oktober ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pembanguna­n Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abdul Ghani berkata pada masa ini, atlet dipilih adalah menerusi persatuan sukan masing-masing.

“Beberapa persatuan sukan sudah membuat pemilihan, tetapi mungkin dalam skala besar sebelum kami tapis dan memilih atlet yang benar-benar layak menyertai temasya itu,” katanya kepada Bernama di sini.

Mengenai penyertaan pada temasya dijadual berlangsun­g dari 11 hingga 19 Julai tahun depan itu, Mohamad Taufek berkata kontinjen Negeri Sembilan tidak akan menghantar atlet sematamata untuk meramaikan peserta.

“Kami mahu atlet yang menyertai kejohanan itu berkualiti dan mampu menyumbang pingat kepada Negeri Sembilan. Kami akan cari atlet terbaik,” katanya.

Pada edisi Sukma ke-19 di Perak, tahun lepas, Negeri Sembilan menyertai 34 acara membabitka­n 406 atlet dan meraih 13 pingat emas, 18 perak serta 43 gangsa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia