Utusan Borneo (Sarawak)

30 sertai sesi pencarian bakat muaythai di Bintulu

-

KUCHING: Persatuan Muaythai Bahagian Bintulu telah menganjurk­an Program Pengenalan Dan Pencarian Bakat Sukan Muaythai Bahagian Bintulu 2019 bertempat di Hardcore Fitness, Bintulu Sentral kelmarin.

Program anjuran bersama Kelab PS Muaythai Bintulu dan Hardcore Fitness Gym itu mendapat sambutan menggalakk­an dengan seramai 30 peserta lelaki dan wanita mengambil bahagian.

Ia bertujuan mencungkil bakat baharu selain memberi pendedahan tentang sukan muaythai dengan menyasarka­n pelajar yang berumur 20 tahun ke bawah.

Atlit podium kebangsaan yang juga pemenang pingat emas SUKMA 2018, Awangku Abdul Rahman Awang Marajaya mengendali­kan program itu bersama Jurulatih Pusat Pembanguna­n Bintulu, Farid Dahalan.

Menurut Presiden Muaythai Bintulu, Hardi Sapiei program seumpama akan diteruskan untuk masamasa akan datang bagi memberi peluang kepada atlit baru yang berpotensi diketengah­kan dalam kejohanan yang sedia ada dan seterusnya menempa nama di dalam sukan muaythai.

Beliau juga berharap ramai lagi penyertaan pada program seterusnya nanti.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Peserta program bergambar kenangan bersama jurulatih selepas program berakhir.
UNTUK ALBUM: Peserta program bergambar kenangan bersama jurulatih selepas program berakhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia