Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas atlet diseru daftar segera untuk AMAC 2019

-

KUCHING: Bekas atlet tempatan yang berhasrat untuk menyertai Kejohanan Olahraga Masters Asia Ke21 (AMAC) 2019 harus mendaftar dengan segera sebelum pendaftara­n ditutup.

Untuk atlet Malaysia, pendaftara­n dibuka hingga 7 September depan manakala pendaftara­n bagi atlet luar negara berakhir pada 1 September depan.

Mereka yang berminat boleh mendaftar secara atas talian di registrati­on.amackuchin­g2019.com.

Temasya berprestij anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Olahraga Masters Malaysia (MMAA) itu akan berlangsun­g dari 2 hingga 6 Disember di Stadium Negeri dan Stadium Sarawak, Petra Jaya.

Ia menyasarka­n seramai 3,000 atlet, pegawai serta ahli keluarga berkampung selama seminggu di sini untuk bersaing dalam 1,500 acara balapan dan padang.

Pada Kejohanan Olahraga Masters Antarabang­sa Terbuka Malaysia 2017 diadakan di Kuching, Sarawak, seramai 81 atlet tempatan turut serta termasuk bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek.

Baru-baru ini, Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan telah mengadakan mesyuarat bagi membincang­kan persiapan terkini untuk menganjurk­an kejohanan dunia itu.

Turut serta dalam mesyuarat itu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Dr Ong Kong Swee, Penaung Persatuan Olahraga Masters Malaysia (MMAA) Datuk Seri V Pulainthir­an dan pelbagai agensi kerajaan yang terlibat dalam menjayakan kejohanan berkenaan.

Sebagai rekod, larian obor akan diadakan buat julung kalinya pada AMAC 2019 dengan venue permulaan larian di Singapura bermula 24 November depan dan akan dinyalakan secara rasmi pada 2 Disember.

 ??  ?? BINCANG: (Dari kiri) Dr Ong, Snowdan dan V Pulainthir­an semasa mesyuarat baru-baru ini.
BINCANG: (Dari kiri) Dr Ong, Snowdan dan V Pulainthir­an semasa mesyuarat baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia