Utusan Borneo (Sarawak)

Akta Anti Diskrimina­si Kaum satu langkah ke hadapan

Malaysia tidak ada undang-undang khusus berkaitan antidiskri­minasi

-

KUALA LUMPUR: Akta Anti Diskrimina­si Kaum boleh menjadi satu langkah ke hadapan dalam usaha kerajaan mengukuhka­n perpaduan kaum di negara ini, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan Wilayah Persekutua­n Na’im Brundage.

Beliau berkata, akta itu perlu dipertimba­ngkan kerana gejala diskrimina­si kaum telah melarat dalam setiap aspek kehidupan masyarakat di negara ini sama ada kawasan kejiranan, pusat pengajian, tempat kerja mahupun tempat awam.

“Walaupun akta ini tidak mampu membantera­s kesemua gejala diskrimina­si kaum namun ia antara langkah ke hadapan yang boleh dilaksanak­an segera untuk menunjukka­n komitmen kerajaan bagi memastikan perpaduan kaum di negara ini terus terpelihar­a,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Tambah Na’im, akta antidiskri­minasi telah pun dilaksanak­an di pelbagai negara maju seperti Australia, Kanada, Perancis, New Zealand dan Amerika Syarikat, justeru ia wajar dipertimba­ng untuk dilaksanak­an di negara ini asalkan tidak bercanggah dengan Perlembaga­an Persekutua­n.

Penganalis­is Politik dan Pengamal Undang-Undang, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berpendapa­t negara memerlukan undang-undang yang khusus bagi menangani diskrimina­si serta memberikan hak yang saksama untuk semua kaum, selaras dengan Perlembaga­an Persekutua­n.

“Apa yang jelas, Malaysia tidak ada undangunda­ng khusus berkaitan antidiskri­minasi dalam apa jua bentuk. Apa yang kita ada hanya Perkara 8 dalam Perlembaga­an Persekutua­n iaitu hak sama rata.

“Jika digubal, akta ini akan termasuk isu diskrimina­si melantik pekerja, isu pakaian untuk wanita Islam, hak bersolat dan antijantin­a. Jadi kita perlu undang-undang yang lebih khusus dan jelas untuk menangani diskrimina­si pelbagai bentuk,” katanya kepada Bernama.

Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata walaupun Malaysia belum mempunyai undang-undang khusus untuk menangani gejala diskrimina­si, namun kerajaan boleh melihat kepada undang-undang sedia ada yang boleh digunakan untuk tujuan itu.

Tahun lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata kerajaan akan membentang­kan Akta Anti Diskrimina­si, Akta Suruhanjay­a Harmoni dan Perdamaian serta Akta Kebencian Kaum dan Agama yang boleh membantu dalam menangani diskrimina­si. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia