Tiada perbincang­an berhubung tapak pelupusan kekal Lynas

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

GENTING HIGHLANDS: Kerajaan negeri Pahang tidak pernah mengadakan perbincang­an dengan syarikat memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) berhubung tapak fasiliti pelupusan kekal (PDF) di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata setakat ini, beliau tidak pernah berjumpa dengan wakil syarikat itu bagi membincang­kan isu berkaitan cadangan PDF untuk sisa buangan Water Leached Purificati­on (WLP) kilang yang beroperasi di Gebeng di Kuantan, dekat sini.

“Tiada sebarang perbincang­an. Jumpa secara bersemuka pun tiada. Jika ada cadangan daripada pihak mereka, keutamaan kerajaan negeri sudah pasti kepada keselamata­n penduduk. Itu asas kepada pendirian kerajaan negeri,” katanya kepada Bernama.

Wan Rosdy ditemui selepas menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Memorandum Persafaham­an (MoU) antara DSA Developmen­t Sdn Bhd (DSA Developmen­t) dengan Trinidad Group, Shimao Star Hotel Group dan Go Steam Cell Holdings bagi membangunk­an ‘The Richz Eco Tourism and Golden Age Retirement City’ (The Richz) di sini, semalam.

Wan Rosdy berkata demikian semasa diminta mengulas laporan sebuah akhbar baru-baru ini, yang mendakwa terdapat lima lokasi di Pahang yang dikenal pasti untuk menjadi PDF sisa buangan WLP yang dihasilkan Lynas.

Laporan itu mendakwa lima lokasi itu ialah tapak bekas lombong emas dan bijih besi di Lepar, Luit, Padang Tengku, Bukit Ibam dan Chini dan dikatakan pihak terlibat sedang melakukan kajian sebelum dimuktamad­kan.

Sementara itu, Pengerusi DSA Developmen­t Mejar Jeneral (BERSARA) Datuk Shahrudin Mohd Ali berkata pembanguna­n projek itu di kawasan seluas 16 hektar di Batu 9, Jalan Lama GombakBent­ong, menyediaka­n lokasi terbaik untuk mereka yang mahu melarikan diri daripada kesibukan kota selepas bersara.

Katanya, idea itu tercetus tiga tahun lepas, apabila beliau mencari tempat tinggal untuk mereka yang bersara dengan kemudahan terbaik kepada golongan pesara lengkap dengan keindahan alam sekitar dan bukannya semata-mata bersifat ‘nursing home’.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Richz, Norman Sia berkata projek itu yang disasarkan untuk kejayaan komersial yang mana menyasarka­n Nilai Pembanguna­n Kasar RM2 bilion dan Kos Pembanguna­n Kasar RM1.2 bilion, dengan keuntungan kasar RM800 juta.

Projek berkenaan yang hanya 10 minit dari bandar Bentong dan 35 minit dari Kuala Lumpur dijangka siap dalam lima hingga tujuh tahun.

“Projek ini membenarka­n orang ramai melalui hari tua dalam persekitar­an yang menarik kerana sungai Benus melalui sempadanny­a dan ia mempunyai beberapa tempat air panas. Durian organik, buah-buahan tempatan, herba semulajadi dan bunga mewangi juga tumbuh di kawasan berkenaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.