Perangsang Selangor sumbang 100 ekor lembu

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

SHAH ALAM: Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) menyumbang sebanyak 100 ekor lembu dengan nilai kira-kira RM500,000 kepada kerajaan negeri sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini

Pengarah Bersekutu Bahagian Perhubunga­n Awam, Media dan Tanggungja­wab Sosial Korporat Perangsang Selangor, Mohd Fauzi Mohd Ghazali berkata, daripada jumlah itu sebanyak tujuh ekor diserahkan kembali kepada pihak syarikat untuk urusan agihan.

“Tiga ekor telah kami telah sumbangkan kepada persatuan dan surau yang memerlukan manakala baki lagi empat ekor dan tambahan seekor lembu sumbangan kakitangan Perangsang Selangor kami agihkan hari ini (semalam) dalam program hari ini (semalam).

“Hari ini (semalam) dianggarka­n kira-kira 200 orang akan menerima agihan daging korban dari Perangsang Selangor dan mereka ini terdiri daripada golongan mualaf dan asnaf dari sekitar Shah Alam dan daerah berdekatan,” katanya di Majlis Ibadah Korban dan Agihan Zakat Perangsang Selangor di sini semalam.

Tambah beliau, pada majlis berkenaan pihaknya turut menyerahka­n agihan zakat sebanyak RM40,000 kepada 38 keluarga asnaf mualaf dari Pertubuhan Muallaf Progress, Bukit Beruntung, Rawang.

Tambah Mohd Fauzi seramai kira-kira 140 orang telah bersama bergotong-royong bagi menjayakan majlis berkenaan termasuk 80 orang asnaf mualaf.

“Pendedahan cara melakukan ibadah korban ini diharap dapat memantapka­n lagi kefahaman mengenai Islam di dalam diri para mualaf agar mereka dapat mejadi musli yang sejati,” katanya.

Tambah beliau, diharap dengan agihan daging dan wang zakat berkenaan ia dapat memberikan peluang kepada golongan berkenaan untuk bersama-sama merasai kemeriahan menyambut Hari Raya Aidiladha selain meringanka­n beban mereka dalam menampung belanja seharian. — Bernama

— Gambar Bernama

UNTUK ALBUM: Mohd Fauzi (tengah) bergambar bersama peserta mualaf pada Program Ibadah Korban dan Majlis Agihan Zakat Perangsang Selangor di Masjid Riadhus Solihin Seksyen 17 Shah Alam, dekat Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.