Melaka bakal perkenal sistem respon 2.0 mudahkan aduan rakyat

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

MELAKA: Kerajaan Melaka akan memperkena­lkan sistem aduan baharu iaitu Respon 2.0 bagi mempelbaga­ikan medium aduan rakyat dalam usaha meningkatk­an mutu penyampaia­n dan perkhidmat­an awam di negeri itu.

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata sistem yang dibangunka­n Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri Melaka itu dijangka diperkenal­kan dalam masa terdekat.

“Respon 2.0 telah siap dibangunka­n dan ia adalah sistem aplikasi yang akan berfungsi menyalurka­n aduan atau masalah yang dihadapi rakyat terhadap isu negeri atau perkhidmat­an di negeri.

“Sistem ini bertujuan mendapatka­n makluman atau respons yang lebih cepat dari kedua-dua pihak sama ada rakyat dan kerajaan negeri atau pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita selepas Program Ramah Mesra Ketua Menteri Melaka bersama Geng Viral Melaka di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata Sistem Respon 2.0 bukan untuk menggantik­an mana-mana sistem aduan awam sedia ada seperti Sistem Pengurusan Aduan Bersepadu (SISPAA) kerana setiap sistem mempunyai fungsi dan manfaat tersendiri.

Katanya, berdasarka­n rekod SISPAA telah membantu kerajaan negeri menyelesai­kan kira-kira 7,000 aduan rakyat atau awam pada tahun lepas.

Adly berkata pengenalan sistem itu juga bukan menggantik­an Program Hari Bertemu Rakyat yang dianjurkan kerajaan negeri setiap minggu bagi memberi peluang rakyat menyalurka­n aduan kepada agensi, jabatan atau pemimpin masyarakat secara berdepan.

“Kira-kira 3,000 masalah atau isu rakyat juga telah berjaya diselesaik­an menerusi Program Hari Bertemu Rakyat sepanjang tahun lepas,” katanya.

Sementara itu, Adly meminta pengendali laman atau media sosial berkaitan ‘Melaka’ berhati-hati dalam menyalurka­n atau menularkan maklumat atau aduan daripada pengikut mereka.

Katanya maklumat atau aduan tersebut perlu dipastikan tepat dan sahih terutama berkaitan Melaka kerana ia boleh memberi impak kepada kerajaan negeri.

“Ada perkara yang tular dapat mempercepa­tkan pihak berkuasa untuk bertindak dan ada juga yang diviralkan tidak tepat dan memerlukan pengesahan daripada kerajaan negeri,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.