Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Selangor pertimbang insentif untuk rawatan tibi

-

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan mempertimb­angkan cadangan untuk menyediaka­n insentif sebanyak RM500 kepada setiap pesakit tibi sebagai bantuan perubatan untuk mereka menerima rawatan susulan di hospital dalam tempoh enam bulan.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata, cadangan menyediaka­n insentif itu dalam belanjawan negeri tahun depan sebagai usaha membantu pesakit mendapatka­n rawatan sempurna sekali gus mencegah penyakit tersebut daripada merebak.

“Cadangan ini baharu dikemukaka­n jadi kita akan nilai dahulu, jika ia berkesan dan sebagainya perlu ada (tindakan) susulan di peringkat kerajaan negeri untuk mengawal serta menangani masalah penyakit tibi.

‘’Kita juga perlu memikirkan tindakan susulan supaya penyakit tibi dapat dicegah terutama dalam soal sikap masyarakat (terhadap penyakit itu) dan gaya hidup seharian mereka,’’ katanya kepada pemberita selepas menghadiri Dialog Bajet 2020 ‘Membudaya Komuniti Sihat Ke Arah Selangor Maju Bersama’ di sini, semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia