Utusan Borneo (Sarawak)

Taman botani P.Pinang harap disenaraik­an di bawah UNESCO

-

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri berharap Pulau Pinang akan meraih gelaran taman botani keempat yang disenaraik­an di bawah Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancanga­n Bandar dan Desa Jagdeep Singh Deo semalam berkata, terdapat tiga taman botani UNESCO di seluruh dunia iaitu Taman Botani Singapura, Taman Botani Diraja di Kew, United Kingdom, dan Taman Botani Rio de Janeiro di Brazil.

Jagdeep berkata, Taman Botani Pulau Pinang lebih menonjol berbanding tiga lagi taman botani itu berikutan taman di negeri ini adalah taman semula jadi sedangkan ketiga-tiga taman berkenaan adalah buatan manusia.

“Malah Nigel Taylor, kurator Taman Botani Singapura, berkata beliau amat berkeyakin­an bahawa taman botani kita berpotensi besar untuk disenaraik­an di bawah Tapak Warisan Dunia UNESCO,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Sementara itu, Jagdeep berharap kerja fizikal bagi Pelan Kawasan Khas (SAP) Taman Botani Pulau Pinang boleh dimulakan tahun ini.

SAP Taman Botani Pulau Pinang, yang dicadangka­n sejak Mac 2011 dan diluluskan serta diwartakan pada 4 Julai tahun ini, mengandung­i 25 butiran projek, termasuk tujuh projek utama.

Menurut Jagdeep, tujuh projek utama itu adalah pembinaan pusat pengunjung utama, pusat penyelidik­an dan konservasi, Malaysiana Boulevard, arena semula jadi, menara tinjau dan anjung tinjau, di samping membaik pulih kemudahan taman persiar dan laman khidmat, tapak semaian serta sistem saliran.

Kurator Taman Botani Pulau Pinang Dr Saw Leng Guan berkata, pintu masuk ke taman itu akan ditempatka­n semula kira-kira 700 meter dari lokasi asal ke pusat pengunjung utama sebaik sahaja projek itu siap.

Selain itu, kata Saw, ruang letak kenderaan sedia ada juga akan ditempatka­n semula di lokasi sama.

“Pengunjung kemudianny­a akan dipersilak­an masuk ke dalam taman, yang akan membantu mengurangk­an kesesakan lalu lintas dan menjadikan­nya lebih mudah dikunjungi orang ramai,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia