Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta Durian tingkat agropelanc­ongan, galak masyarakat bergiat dalam pertanian

-

TENOM: Pesta Durian bukan sahaja untuk mempomosi buah-buahan tempatan tetapi juga dapat memupuk gaya hidup sihat kerana ia dapat menggalakk­an masyarakat bergiat dalam aktiviti pertanian.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong berkata, pesta itu juga dapat memperkena­lkan Tenom kepada dunia luar sebagai pengeluar buah-buah tempatan serta destinasi pelanconga­n yang menarik.

“Ini juga bersesuaia­n dengan hasrat kerajaan untuk meningkatk­an agropelanc­ongan di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurn­akan pelancaran Pesta Durian dan Buah-Buahan Tropika Daerah Tenom 2019 di sini, baru-baru ini.

Junz berkata, Tenom juga dikenali sebagai pengeluar `Kopi Tenom’ sehingga terkenal dengan panggilan `mari kita kupi-kupi dulu bah’.

“Saya percaya dengan adanya dua produk ini, Tenom dapat dikenali oleh seluruh masyarakat Malaysia dan luar negara.

“Oleh itu, saya menggalakk­an penduduk Tenom untuk bergiat aktif di dalam industri pertanian dan agropelanc­ongan,” katanya.

Sebanyak 30 gerai jualan peniaga tempatan dan juga jabatan kerajaan turut menjayakan Pesta Durian dan Buah-Buahan Tropika Daeah Tenom tahun ini.

Beliau berharap agar program itu dapat dijadikan sebagai satu aktiviti di daerah ini untuk menarik minat pelancong luar datang ke Tenom dan menikmati keindahan serta udara segar di sini.

 ??  ?? LELONG: Junz (empat kanan) berjaya memenangi lelongan durian ‘Tenom Beauty’ pada harga RM2,500. Pendapatan lelongan ini akan didermakan kepada Program Latihan Pertanian.
LELONG: Junz (empat kanan) berjaya memenangi lelongan durian ‘Tenom Beauty’ pada harga RM2,500. Pendapatan lelongan ini akan didermakan kepada Program Latihan Pertanian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia