Madius sokong penuh pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sabah -

TUARAN: Presiden Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menyokong penuh pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995 yang akan berkuat kuasa pada 9 Sept tahun ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata walaupun bukan beragama Islam beliau sentiasa menyokong dan menghormat­i pindaan berkenaan yang sudah semestinya mendatangk­an kebaikan kepada semua penganut Islam di Sabah.

“Pindaan enakmen berkenaan membuktika­n bahawa kerajaan sangat mementingk­an soal agama... kerana kerajaan mahu anak-anak muda atau generasi kini menerima ilmu berkaitan agama yang tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Raya Aidiladha Peringkat Gayang, dekat sini malam tadi yang dihadiri kira-kira 1,500 penduduk setempat.

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pindaan) 2019 itu bagi mengadakan takrif agama Islam dan Ahli Sunnah Waljamaah selain menjadikan sebatan sebagai penalti bagi ajaran doktrin dan pelaksanaa­n upacara atau perbuatan berhubunga­n agama Islam yang bertentang­an dengan hukum syarak serta fatwa dikuatkuas­akan di negeri ini.

Pindaan enakmen itu juga bagi mengadakan peruntukan baharu mengenai larangan mengembang­kan doktrin agama selain daripada doktrin agama Islam.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata akan terus komited membantu rakyat di kawasan berkenaan tanpa mengira bangsa dan agama.

“Saya akan terus memberi bantuan kepada kelas-kelas KAFA yang ada di daerah ini... walaupun bukan seagama saya menghormat­i Islam sebagai agama rasmi negara,” tambahnya.

Sementara itu, Madius menyeru agar masyarakat berbilang kaum dan agama di Sabah, khususnya di Tuaran sentiasa saling menghormat­i.

“Kita perlu perkukuhka­n persefaham­an dan perpaduan. Semoga sambutan hari raya Aidiladha pada kali ini memberi lembaran baru bagi kita untuk bersatu padu untuk memastikan negara terus aman dan damai,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.