Utusan Borneo (Sarawak)

Empat KRT di Sandakan anjur kembara ilmu

-

SANDAKAN: Empat kawasan rukun tetangga (KRT) di Sandakan menganjurk­an inisiatif mengembara sambil menimba ilmu yang boleh dimanfaatk­an untuk pembanguna­n KRT masing-masing.

Pengerusi pelaksana Program Integrasi dan Kembara Ilmu Sulaman Kasih, Sukri Suradi berkata program itu diadakan selama empat hari mulai hari ini dan akan melawat daerah lain seperti Kundasang dan Labuan.

“Objektif program ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai cara bertani moden di bandar dan usaha menghasilk­an minyak kelapa dara serta menternak madu kelulut di Labuan.

“Kita juga memberi pengalaman kepada peserta dengan bermalam di Kundasang kerana walaupun ia merupakan daerah jauh dari kota besar, tetapi ia merupakan penyumbang besar kepada ekonomi Sabah kerana Kundasang merupakan tempat pelanconga­n dan menjual hasil tanaman seperti sayuran dan bunga-bungaan,” katanya pada majlis pelepasan program itu di sini semalam.

Pelepasan program kembara itu disempurna­kan oleh Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah Datuk Frankie Poon.

Seramai 42 peserta daripada KRT Taman Kam Jai Yen, Taman Matahari, Apartmen Indah Jaya dan Taman Harmoni menyertai program itu.

Ketika berucap, Poon menyambut baik program itu kerana memberi peluang kepada peserta untuk melancong sambil menimba ilmu pengetahua­n.

Katanya, program itu wajar dicontohi masyarakat lain kerana program seperti itu, yang menyelitka­n elemen mencari ilmu, berupaya memberi manfaat kepada peserta program dalam menjalani kehidupan seharian.

Beliau juga berharap pengalaman peserta itu dapat dikongsika­n dengan sahabat dan saudara mara sebagai membantu kerajaan mempromosi­kan sektor pelanconga­n di Sabah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia