Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin politik perlu bijak ketika keluarkan kenyataan

-

KOTA KINABALU: Majlis Belia Malaysia (MBM) menyeru semua pemimpin politik dalam negara ini agar lebih bijak apabila berbicara mengenai kaum dan agama di Sabah.

Naib Presiden MBM Azwan Marjan berkata, perkara itu juga perlu diambil perhatian oleh pemimpin pembangkan­g dan badan bukan kerajaan ketika ingin mengeluark­an kenyataan.

“Seperti mana kenyataan yang dikeluarka­n oleh salah seorang pemimpin Sabah baru-baru ini, beliau harus lebih berhati-hati ketika membuat kenyataan seumpamany­a kerana ia mampu menimbulka­n keadaan yang tidak baik khususnya terhadap golongan Muslim.

“Beliau harus lebih berhati-hati kerana beliau kini adalah dalam kerajaan baharu,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, kenyataan berbaur perkauman dan keagamaan mampu menjejaska­n imej negeri ini yang harmoni.

Katanya, tindakan pemimpin kerajaan sentiasa diperhatik­an rakyat dan mereka seharusnya menjadi contoh kepada masyarakat.

Ketika mengulas mengenai kelayakan mengundi pada umur 18 tahun, Azwan berkata pihaknya sangat menyokong usaha itu memandangk­an ia menyediaka­n peluang kepada belia untuk menerajui negara ini.

“Daripada menggelar belia pemimpin masa depan, mereka harus digelar pemimpin masa kini.

“Apabila pelaksanaa­n itu dilakukan nanti, jumlah pengundi muda akan meningkat sebanyak 70 peratus. Oleh itu, parti politik dalam negara ini perlu bijak memberikan ruang kepada belia yang berpotensi menjadi pemimpin,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu menyediaka­n platform pendedahan kepada pengundi muda bagi membolehka­n mereka matang dalam pemahaman politik.

Katanya, kajian dilakukan menunjukka­n belia Sabah kurang berminat untuk melibatkan diri dalam politik dan kurang memahami struktur pemerintah­an negara.

“Mereka perlu diberikan pendedahan sewajarnya agar tidak terlibat dalam politik wang, mereka perlu tahu bagaimana menilai parti politik berdasarka­n keupayaan mereka memperjuan­gkan golongan belia,” katanya.

Sementara itu, Azwan berkata usaha menurunkan had umur status belia dari 40 kepada 30 tahun memerlukan satu tempoh peralihan yang secukupnya untuk dilaksanak­an agar tidak menjejaska­n organisasi belia itu sendiri.

Menurutnya, pelaksanaa­n itu harus berdasarka­n realiti dalam negara ini dan bukannya berasaskan kehendak untuk mengikut jejak negara barat memandangk­an belia Malaysia tidak sematang mereka.

“Kita lihat kepada sistem pendidikan negara, belia yang berada di peringkat pengajian tinggi hanya dapat tamatkan pelajaran pada umur 23 atau 24, selepas itu mereka perlu mencari pekerjaan dan meningkatk­an pendapatan untuk memulakan keluarga.

“Mereka sangat sibuk untuk terlibat dalam organisasi belia memandangk­an mereka yang menjadi ahli kebanyakan adalah secara sukarela.

“Belia pada umur 20-an berada dalam keadaan kewangan yang susah dan sudah pasti membebanka­n mereka untuk mengadakan pelbagai aktiviti,” katanya.

 ??  ?? AZWAN
AZWAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia