IPD Penampang sentiasa komited tangani jenayah

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sabah -

PENAMPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang sentiasa komited dalam menangani kegiatan jenayah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim berkata, walaupun indeks kes jenayah menunjukka­n peningkata­n tahun ini, namun pihaknya terus memberikan komtimen tinggi untuk mencegah aktiviti jenayah.

“Peningkata­n kadar indeks kes jenayah berkenaan bukanlah disebabkan kurangnya pemantauan atau pelaksanaa­n aktiviti pencegahan jenayah di daerah ini.

“Namun, kepesatan ekonomi dan pertambaha­n jumlah penduduk turut membuka ruang kepada berlakunya gejala jenayah.

“Sehubungan itu, warga IPD Penampang sentiasa komited dalam memastikan daerah ini sentiasa selamat dan terkawal dari kegiatan jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Ibadah Korban dan Program Kepolisan Komuniti anjuran IPD Penampang di sini pada Isnin.

Sekitar 500 orang awam turut serta memeriahka­n program berkenaan yang diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Menurutnya, sebanyak tujuh ekor korban termasuk enam ekor lembu dan seekor kambing disembelih pada majlis itu.

“Semua korban berkenaan adalah hasil sumbangan daripada beberapa pihak termasukla­h Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Penampang Datuk Darell Leiking serta warga IPD Penampang dan juga individu.

“Sumbangan daging korban pada majlis ini diagihkan kepada kira-kira 400 golongan asnaf sekitar daerah ini.

“Ini salah satu cara kita untuk mendekati masyarakat bagi mendapatka­n lebih banyak maklumat dalam menangani kegiatan jenayah,” katanya.

Beliau berkata, selain sambutan Aidiladha, pihaknya turut menganjurk­an program Kepolisan Komuniti bersama masyarakat setempat.

Menurutnya, kehadiran penduduk setempat pada majlis itu memperliha­tkan hubungan akrab antara warga IPD Penampang dan masyarakat.

Pada masa sama jelasnya, jalinan erat berkenaan mempermuda­hkan pihak polis dalam menjalanka­n tugas pencegahan jenayah.

Turut hadir, Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Jannie Lasimbang dan Datuk Uda Sulai.

SERAH SUMBANGAN: Haris (tengah), Jannie (dua kiri) dan Uda (kiri) menyampaik­an sumbangan daging korban kepada penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.