Utusan Borneo (Sarawak)

APMM tahan tiga warga Filipina tangkap ikan di perairan negara

-

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) menahan tiga lelaki warga Filipina di perairan Pulau Malawali, Kudat kelmarin kerana menangkap ikan menggunaka­n peralatan ikan yang tidak dibenarkan.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Boon Chin Chau berkata kesemua suspek ditahan dalam operasi di perairan berkenaan kira-kira jam 10 pagi.

“Semasa ditahan ketiga-tiga gagal menunjukka­n sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan hasil pemeriksaa­n lanjut turut menemui beberapa barangan menangkap ikan yang tidak dibenarkan iaitu panah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Beliau berkata pihaknya juga turut menemui beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk menghisap dadah jenis syabu termasuk satu bungkusan kecil disyaki berisi syabu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia