Utusan Borneo (Sarawak)

Basikal tolak ‘bentuk’ si cilik

- Oleh Mazlan Samion

MEMANG seronok apabila menonton pertanding­an basikal tolak atau ‘push bike’ yang disertai kanak-kanak berusia antara dua tahun hingga lapan tahun.

Kita akan dapat melihat betapa peserta-peserta cilik itu menunggang basikal tanpa pengayuh, sambil masing-masing tangkas menggerakk­an basikal dengan menggunaka­n keduadua belah kaki agar dapat menyaingi peserta-peserta lain.

Basikal tolak yang direka tanpa pengayuh dan diperkenal­kan untuk kanak-kanak belajar menunggang basikal, kini bukan sahaja digunakan untuk hobi bermain basikal malah untuk tujuan pertanding­an.

Kanakkanak yang bermain basikal itu pastinya sentiasa cerdas dan bertenaga, apatah lagi bagi mereka yang sering menghadiri latihan dan menyertai pertanding­an.

Jadi tidak hairanlah apabila terdapat kalangan ibu bapa yang ingin anak-anak mereka membesar secara sihat mental dan fizikal, menggalakk­an anak-anak milih hobi bermain basikal tolak.

GAYA HIDUP SIHAT

Hobi bermain basikal tolak semestinya baik untuk kesihatan selain kanak-kanak ini berpeluang bergaul di luar rumah, justeru dapat mengelakka­n mereka daripada ketagihan gajet.

Bagi Johari Mohd Kaus, 45, beliau memilih permainan basikal tolak untuk anaknya Muhammad Aryan Rafiqi, 6, memandangk­an anaknya itu lebih cenderung kepada bermain gajet.

“Leka bermain gajet adalah satu perkembang­an yang tidak sihat untuk anak-anak, jadi saya mencari aktiviti yang boleh membuatkan anak saya melupakan gajetnya, permainan ‘push bike’ nampaknya berkesan untuk memupuk keyakinan diri dan keberanian­nya,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Muhammad Imran Ismail (Imran) Shariman, 8, hobi bermain basikal tolak yang diperkenal­kan oleh pakciknya, Mohamad Rizal Mohamad Yusof, 35, amat bermaknya baginya.

Hobi itu melakar sejarah bagi n y a kerana menjuarai piala

dunia

dalam pertanding­an Push Bike Strider Cup 2018 yang diadakan di Amerika Syarikat (AS) tahun lepas. Piala Strider 2018 dianjurkan syarikat pengeluar basikal tolak yang berpangkal­an di Amerika Syarikat-Strider.

Imran yang ketika itu berusia tujuh tahun bersama keluargany­a ke AS untuk menyertai pertanding­an tersebut di mana beliau menjuarai kategori terbuka basikal 14 inci (35.56cm) atau 14X.

Kanak-kanak itu berjaya menewaskan 25 peserta dari 14 negara lain termasuk AS, Thailand, Costa Rica, Vietnam dan Jepun. Itu adalah kali keempat Imran menyertai perlumbaan basikal tolak di peringkat antarabang­sa termasuk di Tokyo dan Bangkok.

Kemenangan Imran turut diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records sebagai atlet pertama Malaysia menjuarai kejohanan tersebut.

Bapa Imran, Shariman Samad, 50, berkata anaknya itu berlatih basikal pada hujung minggu bersama abangnya di sekeliling rumah di Keramat di sini.

“Selain itu, Imran berlatih dua kali seminggu dengan CAK Sports Academy untuk kecergasan fizikal bagi meningkatk­an daya ketahanann­ya,” kata Shariman.

Antara kejayaan terbaru Imran adalah memenangi tempat pertama Strider Bikes Challenge Singapura pada 2 Mac lepas (2019) dan tempat ketiga Strider Cup Bangkok, Thailand pada 31 Mac lalu (2019).

UJI KEPANTASAN

PESERTA

Jurulatih Kelab Push Bike Central Region, Mohd Hambali Hanzah berkata terdapat beberapa kategori pertanding­an dalam acara basikal tolak antaranya ketegori dua tahun, tiga tahun, empat tahun, lima tahun dan terbaharu kategori 12 inci (30.48cm) dan 14X terbuka.

Semasa pertanding­an para peserta perlu menempuh trek yang dibina dengan selekoh mencabar serta laluan berhalanga­n sekali gus menguji kepantasan dan kecekapan peserta mengendali­kan basikal tersebut. “Sebelum peserta memulakan latihan dan pertanding­an, mereka mesti memanaskan badan bagi mengelakka­n sebarang kecederaan,” katanya.

Kelab itu mempunyai keahlian seramai kira-kira 200 orang yang aktif bermain sukan basikal tolak. Mohd Fadzli Mohammad, 34, pula berkata anaknya Nurkeisha Ammara, 3, berlatih dua atau tiga hari sebelum menyertai sesuatu pertanding­an agar dapat membiasaka­n diri dengan suasana pertanding­an.

“Walaupun anak saya selalu sertai pertanding­an, kami bukan mencari kemenangan, tetapi apa yang penting anak saya seronok dan kami dapat menghabisk­an masa lapang bersama-sama,” katanya.

PENDEDAHAN AWAL

Basikal tolak digunakan untuk latihan awal bagi kanak-kanak belajar mengimbang­i basikal dua roda sebelum menggunaka­n pengayuh, tanpa perlu menggunaka­n roda latihan dipasang pada sisi basikal itu.

Kanak-kanak seawal usia 18 bulan boleh diberi pendedahan menggunaka­n basikal tanpa pengayuh itu yang turut dipanggil basikal imbang atau ‘balance bike’.

Basikal itu akan bergerak seiring dengan kelajuan kaki kanakkanak yang menggerakk­annya (menolak), justeru lebih mudah mengawalny­a berbanding menggunaka­n pengayuh (pedal) yang sukar mengawal kelajuan dan roda latihan yang mengganggu kelancaran pergerakan.

Tempat duduk basikal tolak juga lebih rendah daripada basikal biasa. Jadi, basikal itu lebih selamat kerana impak hentakan juga kurang sekiranya kanak-kanak terjatuh ketika sedang menunggang­nya, sekali gus mengurangk­an risiko kemalangan.

Jadi tidak hairanlah jika kanak-kanak boleh belajar menggunaka­n basikal tolak sejak berusia 18 bulan, dan kebanyakan­nya akan dapat mengayuh basikal biasa seawal usia empat atau lima tahun.

Basikal yang dikeluarka­n dengan dua saiz iaitu 12 inci dan 14 inci itu sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak berusia di antara dua tahun hingga lapan tahun. Basikal tolak boleh dibeli daripada beberapa jenama dengan harga antara RM80 hingga RM1,000. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? CIPTA NAMA: Muhammad Imran Ismail, 8, (tengah) melakar sejarah setelah menjuarai piala dunia pertanding­an Push Bike Piala Strider 2018 di Amerika Syarikat.
— Gambar Bernama CIPTA NAMA: Muhammad Imran Ismail, 8, (tengah) melakar sejarah setelah menjuarai piala dunia pertanding­an Push Bike Piala Strider 2018 di Amerika Syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia