Utusan Borneo (Sarawak) : 2019-08-14

Tempatan : 8 : 8

Tempatan

Tempatan 8\ Rabu, 14 Ogos 2019 JBPM Sarawak kesal ‘bersendiri­an’ padam kebakaran “ ” Tukang paip bebas pertuduhan miliki senjata bahaya Pemandu lori terbunuh, dua cedera selepas dua kenderaan bertembung Seorang tukang paip terlepas hukuman penjara apabila Mahkamah Sesyen di sini semalam membebaska­nnya tanpa dipanggil membela diri bagi pertuduhan memiliki pisau flik tanpa kebenaran pihak berkuasa. Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga membuat keputusan itu di akhir pendakwaan selepas berpuas hati prima facie gagal dibuktikan terhadap Lai Han Tien. “Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie dan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan,” katanya. Menurut peguam tertuduh, Jonathan Jalin, anak guamnya hanya kebetulan berada di tempat kejadian ketika ditangkap. “Dia yang berusia dalam lingkungan 45 tahun itu merupakan suspek kepada kes pecah rumah, justeru, dia ditangkap. Akibatnya dia didakwa memiliki senjata berbahaya,” ujar peguamnya ketika dihubungi pemberita. Dia didakwa memiliki senjata bahaya iaitu pisau flik tanpa kebenaran di tempat awam. KUCHING: kejadian oleh pegawai perubatan daripada Hospital Miri yang bergegas ke tempat kejadian. Menurut sumber, mangsa dalam perjalanan ke Batu Niah, dari Miri apabila lorinya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis pikap yang dinaiki dua lagi mangsa. Bagaimanap­un kedua-dua mangsa, pemandu dan penumpang pikap berkenaan hanya mengalami cedera ringan, berjaya menyelamat­kan diri dan dibawa ke hospital. Manakala mayat mangsa diserah kepada pihak polis dan polis masih menyiasat kejadian. Seorang pemandu lori terbunuh manakala dua lagi cedera apabila kenderaan yang dipandunya bertembung di Jalan MiriBintul­u, berhampira­n pusat percutian Borneo Tropical Rainforest, sekitar jam 6.50 pagi semalam. Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu lori jenis pikap seberat dua tan, terpaksa dikeluarka­n menggunaka­n khidmat bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng di sini. Bagaimanap­un mangsa yang hanya dikenali sebagai Huang Pek Sing, dari Taman Tunku di sini, disahkan meninggal dunia di tempat MIRI:

© PressReader. All rights reserved.