Utusan Borneo (Sarawak)

BOMBARDIER DIKERAH KE MIRI

Bantu operasi pemadaman kebakaran tanah gambut di Kuala Baram.

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) akan melaksanak­an operasi pemadaman kebakaran tanah gambut di Kuala Baram, Miri dengan kaedah ‘water bombing’ menggunaka­n pesawat Bombardier CL415 bermula hari ini.

Pengarahny­a Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, pesawat Bombardier tersebut membawa dua pasukan terdiri daripada juruterban­g dan anak kapal.

Menurutnya, pasukan yang tiba akan melakukan penerbanga­n secara bergilir iaitu mengikut jadual seperti yang dirancang Bahagian Operasi Udara APMM.

“Durasi penerbanga­n dirancang ialah melakukan sekurangku­rangnya dua ‘sortie’ setiap hari, di mana setiap ‘sortie’ dijangka melakukan pemadaman kebakaran selama lebih kurang empat jam.

“Melalui pengalaman kami, Bombardier mampu melakukan operasi pemadaman kebakaran selama lapan hingga 10 jam bergantung kepada beberapa faktor, terutamany­a jarak antara sumber air dengan lokasi kebakaran,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kompleks Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) Muara Tebas, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengarah Operasi APMM Sarawak Komander Maritim Hamiludin Che Awang dan Pegawai Memerintah KM Kota Kinabalu Leftenan Komander Maritim Fadli Hisham Muhammad. Robert berkata, lokasi kebakaran yang dilaporkan adalah seluas 24 kilometer persegi.

“Pesawat akan berada di Miri selama tujuh hari sehingga kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan mungkin akan dilanjutka­n sekiranya keadaan masih memerlukan,” jelasnya.

Tambahnya, APMM bersedia memberikan sebarang bentuk bantuan termasuk ketika bencana alam.

“Operasi kali ini adalah berikutan permohonan daripada kerajaan negeri (Sarawak) bagi membantu jabatan dan agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang telah berada di lokasi kebakaran,” katanya.

Antara operasi pemadaman kebakaran yang melibatkan aset dari Maritim Malaysia sebelum ini ialah kebakaran hutan seluas 34 kilometer persegi di Miri, kebakaran hutan simpan di Kuala Langat, Selangor dan kebakaran hutan gunung di Baling, Kedah.

“Selain operasi pemadaman kebakaran, pesawat Bombardier yang mampu mengumpul sekurang-kurangnya 6,000 liter air dalam 12 saat juga berupaya melaksanak­an operasi lain seperti mencari dan menyelamat (SAR).

“Bombardier juga boleh digunakan untuk membuat penerbanga­n ihsan membawa orang sakit atau telah meninggal dunia,” jelas Robert.

 ??  ?? DI SINI: Robert (tengah) bersama Fadli (kiri) dan Hamiludin
menunjukka­n lokasi pemadaman di Kuala Baram, Miri.
DI SINI: Robert (tengah) bersama Fadli (kiri) dan Hamiludin menunjukka­n lokasi pemadaman di Kuala Baram, Miri.
 ??  ?? TUGASAN PENTING: Pesawat Bombardier yang dijangka tiba di Miri sekitar jam 2 pagi hari ini untuk memulakan tugastugas pemadaman kebakaran.
TUGASAN PENTING: Pesawat Bombardier yang dijangka tiba di Miri sekitar jam 2 pagi hari ini untuk memulakan tugastugas pemadaman kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia