Utusan Borneo (Sarawak)

Kes demam denggi di Sarawak meningkat

1,258 kes direkod dari Januari hingga 12 Ogos 2019 berbanding 340 kes dalam tempoh sama pada 2018

-

KUCHING: Jumlah kes demam denggi di Sarawak dari Januari hingga 12 Ogos tahun ini mengalami peningkata­n kes sebanyak 270 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak Dr Jamilah Hashim berkata, sejumlah 1,258 kes direkodkan di seluruh Sarawak pada tempoh itu berbanding 340 kes dalam tempoh sama pada 2018.

Menurutnya, Kuching mencatat jumlah kes demam denggi tertinggi iaitu 485 kes diikuti Miri (169 kes), Betong (125 kes), Sibu (119 kes), Samarahan (101 kes), Kapit (59 kes), Serian (57 kes), Sarikei (44 kes), Bintulu (41 kes), Sri Aman (23 kes), Limbang (21 kes) dan Mukah (14 kes).

“Sehubungan itu, kita (JKN) Sarawak ingin merujuk kepada kes demam denggi di Taman Tunku, Miri, di mana sebanyak 49 kes telah dilaporkan untuk tempoh Januari hingga 12 Ogos 2019 berbanding tiada kes bagi tempoh sama pada 2018.

“Terdapat empat kawasan wabak denggi dikesan pada 2019 di Taman Tunku dan Taman Jelita iaitu empat kes di Jalan Kuching Timur 3 pada Minggu Epid (ME) ke-21 hingga ke-24; 30 kes di Jalan Kuching Timur 3 pada ME ke-30 sehingga kini (ME ke-33); empat kes di Jalan Kuching Timur 1 pada ME ke-31 sehingga kini (ME ke-33) dan tiga kes di Jalan Perisai, Taman Jelita pada ME ke-33 sehingga kini (ME ke-33),” katanya menerusi kenyataan akhbar semalam.

Menurut beliau, semua kes yang dilaporkan telah menjalanka­n

aktiviti kawalan dan pencegahan yang komprehens­if terdiri daripada penghapusa­n tempat pembiakan (PTP), penghapusa­n jentikjent­ik nyamuk (Larvicidin­g), semburan kabus (Fogging), arahan pembersiha­n tempat berpotensi pembiakan, tindakan penguatkua­saan kompaun denggi dan aktiviti pendidikan kesihatan.

Malahan katanya, mesyuarat Jawatankua­sa Wabak Denggi Daerah dengan pelbagai agensi terutama Majlis Bandaraya Miri berkenaan wabak denggi di Taman Tunku turut diadakan.

“Mesyuarat ini telah diadakan sebanyak dua kali iaitu pada 2 Ogos dan 9 Ogos 2019, begitu juga dengan pelaksanaa­n aktiviti gotong-royong yang dilaksana di kawasan wabak pada 3 Ogos dan dan 10 Ogos 2019,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang awam supaya mengambil langkah-langkah pencegahan penyakit demam denggi.

“Antaranya ialah membuat pemeriksaa­n dan pembersiha­n di kawasan rumah masing-masing secara berkala selain pastikan tiada bekasbekas yang menakung air sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes, gunakan semburan aerosol atau lingkaran penghalau nyamuk untuk membunuh nyamuk dewasa dalam kediaman dan sebagainya,” katanya.

Dr Jamilah turut mengingatk­an orang awam supaya mengambil langkah-langkah pencegahan demam denggi mengikut panduan yang disyorkan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia dengan melayari laman sesawang di www.myhealth.gov.my atau www.infosihat.gov.my.

“Diharapkan penduduk di bahagian Miri terutama di Taman Tunku bersama bertanggun­gjawab mencegah kejadian demam denggi dengan sentiasa menjaga kawasan persekitar­an masing-masing agar bersih dan bebas daripada bekas-bekas yang boleh menakung air dan berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Masyarakat juga dinasihati agar mendapatka­n rawatan segera sekiranya mengalami gejala demam denggi seperti demam, sakit kepala, sakit sendi, ruam, loya, muntah atau gejala amaran awal seperti muntah berterusan, sakit perut atau keletihan,” ujarnya.

Sehubungan itu, kita (JKN) Sarawak ingin merujuk kepada kes demam denggi di Taman Tunku, Miri, di mana sebanyak 49 kes telah dilaporkan untuk tempoh Januari hingga 12 Ogos 2019 berbanding tiada kes bagi tempoh sama pada 2018.

Dr Jamilah Hashim

Pengarah JKN Sarawak

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia