Utusan Borneo (Sarawak)

‘HERE TECHNOLOGI­ES’ DIGUNA LAKAR PETA PAN BORNEO

Ia membolehka­n lokasi pintar diwujudkan, menyumbang kepada pembanguna­n bandar, pengangkut­an, logistik pintar pada masa depan

-

Majlis ini dengan jelas menunjukka­n kita telah mengambil satu langkah ke hadapan untuk ekonomi digital di Malaysia dan Sarawak khasnya.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

KUCHING: Teknologi pemetaan sebenar dikenali ‘HERE Technologi­es’ akan digunakan untuk melakar peta Lebuh Raya Pan Borneo apabila ia siap sepenuhnya nanti.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata penggunaan teknologi itu akan membolehka­n lokasi pintar diwujudkan yang menyumbang kepada pembanguna­n bandar, pengangkut­an serta logistik pintar pada masa depan.

Beliau menegaskan, teknologi lokasi memainkan peranan utama dan ia merupakan aspek penting dalam memastikan kejayaan.

“Majlis ini dengan jelas menunjukka­n kita telah mengambil satu langkah ke hadapan untuk ekonomi digital di Malaysia dan Sarawak khasnya.

“Teknologi lokasi memainkan peranan penting dan ia merupakan blok bangunan yang amat diperlukan untuk berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibaca Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi yang juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee pada Majlis Pelancaran ‘HERE True Car’ di Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Pelancaran itu tidak hanya memberi isyarat kepada syarikat itu untuk melebarkan sayapnya ke Malaysia Timur, tetapi menandakan perkembang­an dan liputan lengkap di ‘HERE True Car’ di Malaysia.

Sebelum ini ‘HERE True Car’ telah melakukan pemetaan di Semenanjun­g Malaysia pada 2015.

Menurut Abang Johari setiap orang dan sektor memainkan peranan penting serta mewakili asas dan tonggak ekosistem kerana Sarawak menuju ke arah ekonomi pintar.

Beliau berkata ‘True Car’

yang dilengkapi kebolehan 3D akan menyediaka­n liputan jalan raya, lebuh raya, kedai dan perniagaan serta kawasan kediaman dengan lebih jelas dan tepat.

“Lebuh Raya Pan Borneo panjangnya lebih 2,000 kilometer dan kita akan memetakann­ya dalam bentuk 3D menggunaka­n teknologi HERE True Car, misalnya.

“Ia kemudianny­a boleh digunakan untuk membangunk­an pemanduan berautonom­i bagi kereta, trak termasuk platun trak bagi perjalanan serta pemanduan yang lebih efisien dan selamat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah HERE Technologi­es Untuk Operasi Portfolio Produk SEA Abhijit Sengupta berkata Lebuh Raya Pan Borneo bakal menjadi projek pertama syarikat itu di Malaysia Timur melibatkan pemetaan dalam bentuk 3D.

“Pemetaan yang lebih tepat dan jelas berdasarka­n teknologi HERE True membolehka­n kepintaran lokasi menyumbang kepada pembanguna­n bandar pintar dan membolehka­n penggunaan pengangkut­an serta logistik digunakan mengikut keperluan.

“Paling mustahak, pemanduan berautonom­i juga sangat penting kerana ia menjanjika­n keselamata­n, kecekapan dan keselesaan.

“Akhirnya, ia juga membantu penumpang (kereta) mempercaya­i kemampuan kereta dinaiki,” tambahnya.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Bakrie Zaini dan Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.

 ??  ??
 ??  ?? CANGGIH: Dr Annuar tidak melepaskan peluang melihat dengan lebih dekat ‘HERE True Car’ yang dilancarka­n di Sarawak semalam. Turut kelihatan Abang Wahap (kanan), Abhijit (dua kiri) dan Bakrie (empat kiri).
CANGGIH: Dr Annuar tidak melepaskan peluang melihat dengan lebih dekat ‘HERE True Car’ yang dilancarka­n di Sarawak semalam. Turut kelihatan Abang Wahap (kanan), Abhijit (dua kiri) dan Bakrie (empat kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia