Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK SASARKAN LIMA TERATAS

Pendedahan kepada pemain bayangan SUKMA bersaing pada Liga Sepak Takraw Divisyen I 2019

- Oleh Harry Ilias

Kita meletakkan sasaran sederhana sahaja untuk berada dalam kelompok lima pasukan teratas pada saingan STL tahun ini.

Datuk Dr Paruwadi Musa

Pengurus pasukan sepak takraw Sarawak

KUCHING: Sarawak menyasarka­n lima kedudukan teratas pada saingan berprestij, Liga Sepak Takraw (STL) Divisyen I 2019 yang bakal membuka tirai pada 5 September depan di Stadium MABA, Kuala Lumpur.

Pengurus pasukan sepak takraw Sarawak, Datuk Dr Paruwadi Musa berkata pihaknya enggan meletakkan keyakinan terlalu tinggi di bahu pemain-pemain yang dipertaruh­kan kali ini walaupun ia misi peribadiny­a.

Beliau menjelaska­n, sebaliknya penyertaan Sarawak pada kejohahan ini bagi memberi pendedahan kepada pemain-pemain bayangan skuad Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak sebagai persiapan mereka menghadapi SUKMA 2020 di Johor tahun depan.

“Kita meletakkan sasaran sederhana sahaja untuk berada dalam kelompok lima pasukan teratas pada saingan STL tahun ini.

“Namun, jika pemain

pemain berjaya mencatat kedudukan lebih baik ia satu bonus kepada pasukan sepak takraw Sarawak walaupun kita menyedari bakal berdepan cabaran sengit daripada pasukan-pasukan lain,” katanya ketika ditemui semalam.

Paruwadi berkata, fokus utama sebenarnya untuk memberi pendedahan kepada pemain-pemain skuad bayangan SUKMA Sarawak beraksi pada pertanding­an kompetitif.

Naib Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS) itu berkata, keputusan STL 2019 itu nanti akan menjadi kayu pengukur kemampuan pemain-pemain muda Sarawak beraksi pada temasya SUKMA. “Justeru, semua pemain diingatkan agar bermain dengan bersungguh-sungguh sambil pada masa sama menimba pengetahua­n daripada pasukan-pasukan lain untuk meningkatk­an mutu permainan masingmasi­ng,” tegasnya. Sebagai rekod, Sarawak menggunaka­n nama ‘Sarawak Hunter’ akan berentap bersama sembilan pasukan lain bersaing pada STL 2019 nanti.

Pemain-pemain yang akan dipertaruh­kan ialah Wan Kahirul Asyraf Wan Suria, Mohd Asraf Abdullah, Christian Veiri Geramong, Raffi Zamri, Ihsan Hakim Mat, Ronaldo Timban dan Mohd Rafeydanie­l Jamil.

Dalam pada itu, aksi pembukaan pasukan Sarawak akan bermula pada 7 September depan dengan saingan berlangsun­g selama tiga minggu sehingga 22 September nanti.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PARUWADI
PARUWADI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia