Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki tiba-tiba serang pelajar di kedai dobi layan diri diburu

Mangsa cedera di muka, video kejadian turut tular di media sosial

- Oleh Kepu Sidi

BINTANGOR: Polis sedang memburu seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental yang menumbuk seorang pelajar perempuan di sebuah kedai dobi layan diri di sini, petang kelmarin.

Video mengenai kejadian itu tular di media sosial selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 0.31 saat dipercayai di premis terbabit tersebar.

Ketua Polis Daerah Meradong DSP Sekam Anoi ketika dihubungi media mengesahka­n ada menerima laporan berkaitan dengan kejadian itu.

“Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 3 petang ketika mangsa, 19, sedang menunggu pakaiannya dicuci dan secara tiba-tiba didatangi lelaki berkenaan yang bertindak menumbuk mangsa beberapa kali di bahagian muka.

“Beberapa pelanggan yang turut berada di kedai itu turut terkejut dengan

Setelah menumbuk mangsa, lelaki yang hanya berseluar pendek itu terus beredar dari premis tersebut.

DSP Sekam Anoi Ketua Polis Daerah Meradong

tindakan lelaki berkenaan dan cuba membantu mangsa.

“Setelah menumbuk mangsa, lelaki yang hanya berseluar pendek itu terus beredar dari premis tersebut,” jelasnya.

Akibat serangan itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka.

Justeru katanya, pihak polis kini sedang giat memburu lelaki terbabit.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” ujar Sekam.

 ??  ?? TULAR: Tangkap layar video CCTV menunjukka­n lelaki terbabit menyerang mangsa.
TULAR: Tangkap layar video CCTV menunjukka­n lelaki terbabit menyerang mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia