Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu harungi detik cemas kereta dihempap pokok tumbang

-

KUCHING: Seorang pemandu mengharung­i detik cemas selepas keretanya dihempap sebatang pokok yang tumbang dalam kejadian di Jalan Tai Shin Jar, Batu 3 di sini, semalam.

Bagaimanap­un, mangsa bernasib baik apabila tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang dikerahkan ke lokasi untuk memberi bantuan selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 2.49 petang.

“Komander operasi melaporkan pokok tumbang menghempap sebuah kereta.

“Terdapat seorang individu iaitu pemandu kenderaan tersebut dan beliau tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, anggota bomba telah memotong pokok tersebut dan mengalihny­a ke tepi jalan.

Operasi ditamatkan tidak lama kemudian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia