Utusan Borneo (Sarawak)

Waspada pesanan WhatsApp mendakwa daripada Kementeria­n Sumber Manusia

-

KUCHING: Orang ramai dinasihatk­an berwaspada terhadap satu pesanan WhatsApp yang mendakwa ia adalah daripada Kementeria­n Sumber Manusia.

Difahamkan, pesanan tersebut menyatakan rakyat Malaysia yang sudah bekerja antara 1990 hingga 2019 layak untuk menerima RM8,500 daripada kerajaan Malaysia.

Satu pautan kepada sebuah laman sesawang turut disediakan bagi pengguna untuk ‘menyemak’ sama ada mereka layak ataupun tidak untuk mengeluark­an dana tersebut.

Dengan menekan pada pautan itu, pengguna diarahkan memasuki sebuah lagi laman sesawang dengan tajuk ‘Ministry of Labor and Manpower’ (Kementeria­n Buruh dan Tenaga Manusia) serta mengisi borang soal selidik.

“Pengguna harus berhatihat­i dengan laman sesawang sedemikian kerana ketiadaan elemen-elemen laman sesawang milik kerajaan yang tipikal,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak (JSJK) Superinten­den Mustafa Kamal Gani Abdullah ketika dihubungi pada semalam.

Beliau menambah, ketiadaan ‘gov.my’ dalam alamat laman sesawang berkenaan di mana pengguna dilencongk­an adalah tanda amaran bahawa ia mencurigak­an.

Laman sesawang milik kerajaan Malaysia tambahnya, mempunyai kriteria dan ciri-ciri tertentu yang perlu dipenuhi pada pautan dan laman utamanya.

“Bagaimanap­un iklan pada laman sesawang yang khusus ini kelihatan seperti ‘iklan kampung’ kerana ia tidak dibuat secara profesiona­l,” tambahnya.

 ??  ?? ‘IKLAN KAMPUNG’: Paparan skrin bagi laman sesawang di mana pengguna dilencongk­an untuk menyemak kelayakan mereka.
‘IKLAN KAMPUNG’: Paparan skrin bagi laman sesawang di mana pengguna dilencongk­an untuk menyemak kelayakan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia