Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita cedera kereta terbabas cuba elak kereta makan jalan

-

MIRI: Seorang wanita mengalami kecederaan terkehel bahu kanan selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Persisiran Pantai MiriBintul­u di sini, pagi semalam.

Difahamkan, kemalangan berlaku ketika kereta mangsa cuba mengelak sebuah kereta lain yang dipercayai memakan jalan dari arah bertentang­an menyebabka­n kereta mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Miri Kapten (PA) Mohd Hazle Shah Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kemalangan itu pada jam 11.11 pagi.

“Tiga anggota APM diketuai Sarjan (PA) Chia Ramlee kemudianny­a ditugaskan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, anggota APM memeriksa keadaan mangsa yang mengalami kecederaan terkehel bahu kanan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Selesai rawatan awal diberi, mangsa kemudianny­a dibawa ke Hospital Miri bagi mendapatka­n rawatan lanjut.

 ??  ?? KEMALANGAN: Anggota APM memberikan rawatan awal kepada mangsa yang terlibat kemalangan.
KEMALANGAN: Anggota APM memberikan rawatan awal kepada mangsa yang terlibat kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia