Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa langgar lari meninggal dunia, polis giat buru suspek

-

SIBU: Seorang lelaki mangsa langgar lari menghembus­kan nafas terakhirny­a selepas bertarung nyawa di Hospital Sibu, awal pagi semalam.

Terdahulu, mangsa Lau Swie Eng, 66, yang menunggang motosikal terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan seorang penunggang motosikal lain yang melarikan diri dalam kejadian di Jalan Bukit Assek sekitar jam 6.30 petang Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, pihaknya masih menjalanka­n siasatan berhubung kemalangan maut itu.

“Kemalangan berlaku apabila mangsa yang bergerak dari arah pusat bandar menuju ke Lanang telah berlanggar dengan sebuah motosikal yang dipercayai datang dari arah Jalan Mission.

“Penunggang motosikal terbabit telah melarikan diri selepas kemalangan, manakala mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Sibu dan disahkan meninggal dunia di wad oleh pihak hospital pada jam 3.30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, siasatan awal polis mendapati seorang wanita yang merupakan pemilik motosikal digunakan suspek telah membuat laporan polis mengenai kehilangan motosikaln­ya pada 11 Ogos lalu.

Katanya lagi, pihak polis akan meneruskan siasatan dan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian langgar lari itu agar tampil ke balai untuk membantu siasatan lanjut.

 ??  ?? STANLEY
STANLEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia