Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki dilapor hilang di Jambatan Sungai Kuap ditemui mati

-

KUCHING: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Jambatan Sungai Kuap, Jalan Kuching-Samarahan kelmarin ditemui mati kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian sekitar jam 9.46 pagi semalam.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Ferguson, 27, ditemui pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di celah pohon bakau di tebing sungai tersebut.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke darat untuk tujuan pengecaman oleh keluargany­a sebelum dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutny­a.

Mangsa dilaporkan hilang oleh keluargany­a pada Selasa, selepas dikatakan tidak pulang ke rumah sejak Isnin dan keretanya telah ditemui diparkir di atas Jambatan Sungai Kuap.

Operasi SAR dilancarka­n selepas laporan diterima pada jam 5.11 petang semalam sebelum ditangguhk­an jam 8 malam disebabkan keadaan semakin gelap dan disambung semula awal pagi semalam.

 ??  ?? TRAGIK: Keluarga mangsa turut hadir di lokasi kejadian untuk tujuan pengecaman mayat mangsa.
TRAGIK: Keluarga mangsa turut hadir di lokasi kejadian untuk tujuan pengecaman mayat mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia