Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan Bumiputera digalakkan menyertai Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak 2019

-

KUCHING: Usahawan Bumiputera di negeri ini digalakkan menyertai Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak 2019 (AUBS 2019) yang kini dibuka penyertaan­nya sehingga 30 Ogos ini.

Program merupakan anjuran Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan, Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) dan Idris Ibrahim & Co Group of Companies (IIG).

Menteri Muda E-Perdaganga­n Datuk Mohd Naroden Majais berkata, AUBS 2019 bakal menyaksika­n lebih banyak penyertaan daripada usahawan Bumiputera yang berjaya sekali gus akan memberi motivasi kepada yang lain.

Sehubungan itu beliau berharap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berorienta­sikan perniagaan seperti Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Dayak (DCCI) dan DUBS serta yang lain untuk menghantar ahli perniagaan yang berjaya menyertai anugerah.

“AUBS 2019 bertujuan mengiktira­f usahawan Bumiputera yang berjaya dan cemerlang yang menyumbang kepada ekonomi negeri, selain menjadi motivasi kepada yang lain untuk berjaya,” katanya kepada pemberita mengenai AUBS 2019 yang turut dihadiri Presiden DUBS Datu Abang Helmi Ikhwan di Wisma Sumber Alam di sini, semalam.

Beliau berkata, majlis penyampaia­n anugerah diadakan pada 27 Oktober 2019 di Hotel Riverside Majestic yang disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Naroden berkata beliau percaya ramai usahawan berjaya daripada komuniti Bumiputera di negeri ini dan pemenang anugerah berkenaan akan mewakili usahawan Bumiputera dalam Anugerah Usahawan Bumiputera Tahunan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabang­sa.

Beliau yang juga Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berkata PKS membentuk komuniti besar syarikat yang berdaftar di negeri ini.

Menurutnya lagi, terdapat 43,800 syarikat berdaftar dengan SME Corps pada 2011 meningkat kepada 62,000 pada tahun lepas yang mana 98.5 peratus daripada jumlah keseluruha­n itu adalah PKS.

Maklumat lanjut mengenai AUBS 2019 boleh didapati di pusat komersial DUBS di Lot 367, Seksyen 54, Jalan Petanak atau menghubung­i talian 082-233133 atau 0822471660 atau e-mel ke dubssarawa­k@gmail atau pejabat kementeria­n di aras 2 dan 13, Wisma Sumber Alam dengan talian 082-4431280or 082313275.

Permohonan penyertaan boleh dibuat menerusi www. dubs.my.

 ??  ?? SIMBOLIK: Naroden (empat kanan) dan Abang Helmi (tiga kanan) bersama yang lain beraksi selepas majlis melancarka­n kain rentang mengenai AUBS 2019 di Wisma Sumber Alam di Kuching, semalam.
SIMBOLIK: Naroden (empat kanan) dan Abang Helmi (tiga kanan) bersama yang lain beraksi selepas majlis melancarka­n kain rentang mengenai AUBS 2019 di Wisma Sumber Alam di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia