Utusan Borneo (Sarawak)

Maklumkan kepada pelancong China, India tentang kemudahan VoA

-

MIRI: Pihak berkepenti­ngan pelanconga­n diingatkan agar memaklumka­n kepada pelancong dari China dan India mengenai kemudahan Visa Sebaik Tiba (VoA) yang telah dilaksanak­an di sini.

MenteriMud­aPelancong­an, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata kemudahan itu dilaksanak­an di Lapangan Terbang Antarabang­sa Miri dan pintu masuk CIQ Sungai Tujuh khususnya bagi pelancong China dan India serta ekspatriat di Brunei berkunjung ke Malaysia.

“Ia bukan sahaja memudahkan pelaksanaa­n kemudahaan VoA malah usaha bagi meningkatk­an bilangan pelancong datang ke Sarawak dan Malaysia sejajar dengan Tahun Melawat Malaysia (TMM 2020).

“Di Lapangan Terbang Miri, kebanyakan ketibaan dari Singapura memandangk­an penerbanga­n langsung ke sini dan agensi serta pengusaha pelanconga­n perlu memaklumka­n kepada agensi di Singapura bagi memastikan pelancong dari China dan India ke Miri memohon kemudahan VoA untuk memudahkan ketibaan,” katanya.

Lee berkata demikian kepada media selepas mempengeru­sikan mesyuarat mengenai VoA bersama agensi pelanconga­n, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Kastam di Lapangan Terbang Miri semalam.

Hadir sama Pemangku Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohamad Yusuf, Ketua Operasi Jabatan Imigresen Lapangan Terbang Miri Pellax Patros serta wakil-wakil yang lain.

Lee menjelaska­n, syarikat penerbanga­n AirAsia perlu dimaklumka­n mengenai kemudahan VoA agar memudahkan pelaksanaa­n dan tidak membiarkan pelancong China atau India menggunaka­n perkhidmat­an penerbanga­n datang ke Miri tanpa visa.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangk­an penambahan penggunaan bahasa Cina dalam borang VoA untuk memudahkan pelancong dari China bagi mengisi borang yang disediakan.

“Ini membolehka­n mereka lebih faham dengan permohonan dalam borang dan memudahkan pengisian tersebut,” tambahnya.

Terdahulu, menurut Pellax sejak dilaksanak­an pada 15 Julai lalu hingga semalam, hanya satu sahaja VoA diluluskan daripada pelancong China.

“Kita terus memberi kerjasama dan perkhidmat­an terbaik mempercepa­t dan memudahkan proses VoA di sini,” jelasnya.

Menurutnya, dari Januari hingga Julai tahun ini terdapat seramai 3,171 pelancong dari China dan 1,993 pelancong India tiba di Lapangan Terbang Miri manakala 4,135 pelancong China dan 3,099 pelancong India tiba di Miri pada 2018.

Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan media pada 19 Julai lalu memberitah­u bahawa kemudahan VoA pelancong dari China dan India diperluask­an di enam pintu masuk tambahan termasuk dua di Miri iaitu Lapangan Terbang Miri dan CIQ Sungai Tujuh dalam usaha menyokong promosi TMM 2020.

Empat lagi ialah di Lapangan Terbang Antarabang­sa Langkawi dan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n Bukit Kayu Hitam di Kedah, Terminal Feri Labuan dan Lapangan Terbang Antarabang­sa Sultan Abdul Aziz Shah (Skypark Subang).

Kemudahan VOA hanya diberikan kepada pelancong China dan India memasuki Malaysia melalui negara ketiga iaitu Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand.

 ??  ?? KEMUDAHAN VoA: Lee menunjukka­n borang VoA terdapat di kaunter VoA Jabatan Imigresen Lapangan Terbang Miri sambil disaksikan (dua kiri) Abdul Aziz, Pellac serta yang lain semalam.
KEMUDAHAN VoA: Lee menunjukka­n borang VoA terdapat di kaunter VoA Jabatan Imigresen Lapangan Terbang Miri sambil disaksikan (dua kiri) Abdul Aziz, Pellac serta yang lain semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia