Utusan Borneo (Sarawak)

Jom sertai ‘Similajau National Park Integrity Walk’, 24 Ogos

-

BINTULU: Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION) Jabatan Ketua Menteri, Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC), Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat Residen Bahagian Bintulu serta Pejabat Daerah Bintulu menganjurk­an ‘Similajau National Park Integrity Walk’ mulai jam 6.15 pagi 24 Ogos ini di Taman Negara Similajau.

Program bertemakan ‘Be Clean Be Green Be Integrity’ itu, dijangka turut dihadiri Menteri di Jabatan Ketua Menteri(Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)Jepak Datuk Talib Zulpilip.

Program itu membabitka­n kategori ‘Beach Walk and Plogging’ disertai 250 peserta, ‘Leisure (View Point) Walk’ disertai 70 peserta dan ‘Extreme Walk’ (30 peserta).

Aktiviti lain diadakan ialah menanam pokok disertai 100 pelajar, pertanding­an mewarna untuk kanak-kanak disertai 50 kanak-kanak tadika dan tabika serta pameran daripada UNION, SPRM dan SFC.

Program itu bagi memupuk masyarakat terlibat dalam aktiviti senaman dan berjalan, budaya integriti dan mengukuhka­n asas moral dalam semua aspek kehidupan serta kesungguha­n dan komitmen kerajaan melahirkan masyarakat maju dan berintegri­ti.

Sasaran penyertaan peserta seramai 500 orang melibatkan penjawat awam, badan berkanun, syarikat berkepenti­ngan kerajaan, ketua masyarakat, ketua kaum, pelajar universiti, institusi pengajian tinggi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat.

Mereka berminat menyertai program ini boleh mendapatka­n borang di Unit Integriti dan Ombudsman Negeri, Jabatan Ketua Menteri, Aras 2 Bangunan DUN Lama, Petra Jaya, Kuching atau Pejabat Residen Bahagian Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia