Utusan Borneo (Sarawak)

Lagi projek RTP dilaksanak­an di kawasan N.42 Semop

-

DARO: Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Abdullah Saidol semalam menyaksika­n dua upacara ringkas penyerahan tapak dua projek di kawasannya, Dewan Undangan Negeri Semop.

Projek Bina Baharu Jambatan Dalam Kampung Penipah akan dibina dengan kos RM223,000 menggunaka­n dana di bawah Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) Ahli Parlimen Tanjong Manis Yusuf Abdul Wahab.

Manakala Projek Bina Baharu Jambatan Jalan Bendahara di Kampung Tekajong akan dibina dengan kos RM167,000, menggunaka­n dana RTP Ahli Dewan Undangan Negeri Semop Abdullah Saidol.

Pada dua upacara itu, Penolong Jurutera JKR Daro Sukri Mohd Jamaludin menyerahka­n dokumen projek kepada kontraktor di Penipah kepada Annuar Yusuf daripada syarikat An Nur Pemborong Bumiputera.

Jamaludin turut menyerahka­n dokumen projek di Tekajong kepada Haili Morni daripada Elli Enterprise.

Hadir sama Pegawai Tadbir Sarawak, Pejabat Daerah Daro Yusuf Hossen.

Ketika berada di kawasan, Abdullah singgah di Masjid Kampung Semop untuk majlis ringkas penyampaia­n sumbangan dana kepada tujuh organisasi berjumlah RM17,209.

Sumbangan kepada PIBG SK Semop berjumlah RM3,000; Tabung Kelab Polis Matu/Daro (RM3,000); Surau Darul Mukmin IPD Matu/ Daro (RM3,000); JKKK Kampung Serdeng (RM1,500); PIBG SK Bakerkong (RM2,500); Pasukan Bola Sepak Kampung Kut, Saai dan Semop (RM2,376) dan Masjid AlAmin Kampung Semop (RM1,833).

 ??  ?? SUMBANGAN DANA: Abdullah bersama para penerima sumbangan di Masjid Kampung Semop.
SUMBANGAN DANA: Abdullah bersama para penerima sumbangan di Masjid Kampung Semop.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia