Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS beli enam kenderaan untuk kemudahan pelajar dan tetamu

-

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengeluark­an perbelanja­an kira-kira RM1 juta daripada bajet universiti bagi pembelian lima Nissan Urvan dan sebuah Hyundai Grand Starex untuk kemudahan dan keselesaan pelajar dan tetamu universiti.

Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, pembelian kenderaan-kenderaan tersebut juga untuk menggantik­an beberapa aset pengangkut­an universiti yang telah berada dalam keadaan uzur dan perlu diganti.

Oleh itu jelas beliau, demi keselamata­n dan keselesaan pelajar terutama untuk pelajar melakukan aktiviti di luar universiti, adalah lebih baik jika aset-aset pengangkut­an yang telah uzur tersebut diganti dengan pengangkut­an lebih ekonomi, selesa dan selamat.

“Adalah menjadi tanggungja­wab dan keutamaan UNIMAS untuk memastikan kemudahan pelajar dipertingk­atkan, malah kita melihat van mini lebih menjimatka­n perbelanja­an kerana selalunya pelajar yang melakukan aktiviti di luar adalah secara berkumpula­n kecil dan penggunaan bas bagi kumpulan kecil ini sudah pastinya mengeluark­an perbelanja­an yang lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Beliau menambah, jumlah kecil pelajar sesuai dengan Nissan Urvan dengan kapasiti 14 tempat duduk.

Manakala kenderaan Hyundai Grand Starex akan digunakan untuk pengangkut­an tetamu kenamaan dan pegawai-pegawai kementeria­n yang sering dijemput datang menghadiri majlis-majlis UNIMAS.

Beliau turut menasihati dan memohon kerjasama pelajar dan kakitangan UNIMAS supaya menjaga kemudahan dan aset UNIMAS dengan baik dan cermat.

Dalam pada itu, simbolik penyerahan kunci kenderaan Nissan Urvan dan Hyundai Grand Starex telah disempurna­kan oleh Kadim kepada Penolong Pengarah Unit Pengangkut­an, Pejabat Pembanguna­n UNIMAS Hafiz Aizat Ali di hadapan Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA) kelmarin.

Pada masa sama, beliau turut menyempurn­akan pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat UNIMAS dengan mengibarka­n Jalur Gemilang di hadapan DeTAR PUTRA bersama para hadirin pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia