Utusan Borneo (Sarawak)

JTK buat semakan terhadap majikan mengenai pematuhan gaji minimum

-

KOTA SAMARAHAN: Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak akan sentiasa membuat semakan dari semasa ke semasa terhadap majikan agar sektor swasta di negeri ini mematuhi pelaksanaa­n gaji minimum RM1,100.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata, selain itu JTK juga memberi maklumat dan garis panduan kepada pihak majikan agar memberi gaji pekerja berdasarka­n kelayakan.

“Majikan jangan menyalah tafsir bahawa gaji minimum yang ditetapkan kerajaan itu adalah untuk semua kelayakan.

“Untuk gaji pokok haruslah mengikut kelayakan, kelulusan dan akademik individu tersebut, sama ada berdasarka­n Sijil Kemahiran, Diploma, Sarjana dan sebagainya,”katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan Jelajah Kerjaya Kenyalang 3.0 dan program Karnival Kerjaya Peringkat Bahagian Samarahan di sini, semalam.

Mahfuz berkata, beliau juga mahu pekerja berani tampil membuat aduan kepada JTK sekiranya ada majikan tidak mengikut garis panduan gaji yang telah ditetapkan.

“Pekerja tidak usah bimbang atau takut dibuang kerja kerana memberikan maklumat dan nama majikan kepada pihak JTK. Jika ada aduan diterima, ia memudahkan JTK menjalanka­n siasatan, JTK juga akan merahsiaka­n segala maklumat peribadi anda dan tidak akan mendedahka­nnya kepada majikan,” katanya. — Bernama

 ??  ?? FESTIVAL TARIAN: Abdul Karim (empat kiri) bersama Hii (empat kanan) serta yang lain ketika merasmikan SIDF 2019 semalam.
FESTIVAL TARIAN: Abdul Karim (empat kiri) bersama Hii (empat kanan) serta yang lain ketika merasmikan SIDF 2019 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia