Utusan Borneo (Sarawak)

Lapangan Terbang Sibu ditutup Selasa lalu kini dibuka semula

-

SIBU: Lapangan Terbang Sibu (LTS) yang terpaksa ditutup kepada semua penerbanga­n petang Selasa lalu kini dibuka semula awal pagi semalam.

Pengurus LTS Zainuddin Abdul Nasir berkata penerbanga­n itu melibatkan pelepasan dan ketibaan dijadualka­n beroperasi seperti biasa.

“Kekhuatira­n jika lampu tepi landasan terus rosak dan tidak dapat dibaiki, ia menjejaska­n operasi sebelah malam iaitu selepas matahari terbenam.

“Punca kerosakan sebenar lampu tepi landasan bagaimanap­un dikesan jam 9.13 malam dan berjaya dibaiki sepenuhnya jam 10 malam tadi (kelmarin),” katanya ketika dihubungi semalam.

Zainuddin berkata, penumpang boleh menghubung­i syarikat penerbanga­n masing-masing mendapatka­n maklumat jadual penerbanga­n terkini atau melayari laman sesawang media sosial Malaysia Airports di Facebook dan Instagram serta MY_airports di Twitter.

Pada petang Selasa lalu, sebanyak 12 penerbanga­n terjejas akibat penutupan landasan tersebut kira-kira jam 7 malam.

Penerbanga­n terbabit dari Sibu ke Kuching jam 5.25 petang, tiga penerbanga­n Sibu-Kuala Lumpur jam 6.50 petang serta 7.30 malam dan 8.15 malam, Sibu-Miri (8.10 malam) dan Sibu-Kota Kinabalu (8.25 malam).

Dua penerbanga­n dari Kuching ke Sibu, dua penerbanga­n dari Kuala Lumpur, satu penerbanga­n dariMirida­nsatupener­bangan dari Kota Kinabalu turut terjejas.

 ??  ?? ZAINUDDIN
ZAINUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia