Utusan Borneo (Sarawak)

Hamka ganti Kaderi sebagai juruiring TYT

-

KUCHING: Majlis Serah Terima Tugas Juruiring (ADC) Yang diPertua Negeri Sarawak iaitu ACP Kaderi Said kepada ASP Hamka Mohamad telah diadakan di sini, pada Selasa.

Majlis yang berlangsun­g di Bangunan Pentadbira­n Pejabat Yang di-Pertua Negeri Sarawak itu dihadiri Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertua Negeri Datu Mustapa Han sebagai saksi.

Kaderi akan bertugas di Briged Sarawak, Pasukan Awam Sarawak sebagai Timbalan Komander Briged dan akan melapor diri pada 16 Ogos ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Akhbar Yang di-Pertua Negeri Datuk Jameson Ahip Nawie, Ketua Bahagian Istiadat, Protokol dan Agama Ustaz Mohamad Shalahudin Marzuki, Ketua Bahagian Pentadbira­n dan Sumber Manusia Ratmawati Sabil, Penolong Setiausaha Sulit Junih Salleh Ahmad dan kakitangan Astana Negeri Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia