Utusan Borneo (Sarawak)

Cuaca panas berpanjang­an mula beri kesan kepada sumber air mentah: JBALB

-

SIBU: Cuaca panas berpanjang­an di negeri ini mula memberi kesan terhadap sumber air mentah membekalka­n air ke Loji Rawatan Air Selangau.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Sibu menerusi gambar dikongsika­n melalui laman sosial Facebookny­a pada Selasa lalu menunjukka­n paras air di Batang Mukah, Selangau mulai kering.

Keadaan ini dijangka sedikit sebanyak mengurangk­an kapasiti pengeluara­n air di Loji Rawatan Air Selangau.

JBALB Sibu sedaya upaya meneruskan operasi pengepaman­bagimemast­ikan bekalan air kepada penduduk tidak terjejas.

Pada masa sama, JBALB Sibu juga memantau keadaan paras air dari semasa ke semasa.

Sehubungan­itu,orangramai dinasihati menggunaka­n air dengan berhemah dan segala kesulitan amatlah dikesali. SIBU: Lebih 10 orang hadir mengadakan protes di luar bangunan Kompleks Persekutua­n di sini semalam membantah pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 pada 2020.

Salah seorang peserta, Winston How Cheng berkata protes itu dijangka berterusan sekiranya kerajaan tidak menarik balik keputusan tersebut.

“Kita semua hadir pada hari ini (semalam) sebagai individu dan bukan daripada manamana parti atau organisasi politik.

“Kami adalah individu yang sangat mengambil berat tentang isu ini,” katanya di sini semalam.

Winston turut menggesa orang ramai supaya tidak memandang ringan isu tersebut.

Katanya, peserta memilih mengadakan protes di luar Kompleks Persekutua­n kerana di situ terletakny­a Jabatan Pendidikan Bahagian Sibu.

Seorang lagi peserta, Joseph Chieng berkata walaupun isu itu sudah tidak dipersetuj­ui banyak pihak sejak beberapa minggu lalu namun kerajaan Pakatan Harapan (PH) tetap berdegil untuk meneruskan­nya.

“Keputusan kerajaan terbabit tidak dapat diterima terutama bagi rakyat Sarawak,” jelasnya.

Menurutnya, lebih mendukacit­akan apabila pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) dari Sarawak menyerahka­n sepenuhnya suara rakyat kepada kabinet.

“Kami tidak mahu kemasukan seni khat tulisan Jawi ke dalam sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu darjah empat di sekolah rendah,” katanya sambil berharap kerajaan PH mendengar suara rakyat.

 ??  ?? BANTAH: Peserta mengambil bahagian dalam protes tersebut di Sibu semalam.
BANTAH: Peserta mengambil bahagian dalam protes tersebut di Sibu semalam.
 ??  ?? KERING: Keadaan beting pasir Batang Mukah, Selangau dapat dilihat akibat fenomena cuaca panas.
KERING: Keadaan beting pasir Batang Mukah, Selangau dapat dilihat akibat fenomena cuaca panas.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Kaderi dan Hamka serta tetamu lain merakam kenangan pada Majlis Serah Terima Tugas Juruiring Yang diPertua Negeri Sarawak di Kuching pada Selasa.
UNTUK ALBUM: Kaderi dan Hamka serta tetamu lain merakam kenangan pada Majlis Serah Terima Tugas Juruiring Yang diPertua Negeri Sarawak di Kuching pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia