Utusan Borneo (Sarawak)

Sebanyak 18,000 topeng muka sedia diedarkan

NREB sedia edar topeng muka bagi bantu mengurangk­an risiko pencemaran udara, kata Rosey

- Oleh Clare Cinderella

Ini mungkin kerana cuti sekolah ketika ini dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Baram serta sekolah-sekolah lain di kawasan sekitarnya masih ditutup sempena cuti pertengaha­n penggal dan hanya dibuka semula minggu depan.

Rosey Yunus

MIRI: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) bersedia mengedarka­n 18,000 topeng muka kepada kumpulan sasaran di sini untuk membantu mengurangk­an risiko pencemaran udara akibat kebakaran hutan paya gambut di Kuala Baram.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus berkata beliau dimaklumka­n bahawa topeng itu sudah tersedia tetapi belum diagihkan oleh pihak berkuasa kerana belum ada permintaan.

“Ini mungkin kerana cuti sekolah ketika ini dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Baram serta sekolahsek­olah lain di kawasan sekitarnya masih ditutup sempena cuti pertengaha­n penggal dan hanya dibuka semula minggu depan,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Keadaan jerebu semakin buruk dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai tahap berbahaya iaitu melebihi 300 sejak beberapa hari lalu.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

Sehingga jam 4 petang semalam, bacaan IPU di stesen ILP Miri mencatat angka 364 iaitu masih di paras berbahaya manakala stesen di SK Kuala Baram 2 mencatat bacaan 271 iaitu sangat tidak sihat dan stesen di Miri mencatat bacaan 131 iaitu tidak sihat.

Pihak berkuasa memberi jaminan bahawa keadaan di sini masih terkawal tetapi akan dipantau dengan teliti untuk tindakan diambil sewajarnya.

Mengenai tindakan mengurangk­an bahaya kesihatan ditimbulka­n kebakaran itu kepada anak-anak yatim Kompleks Kebajikan Hamidah Yakub yang terletak berhampira­n, Rosey berkata NREB memantau keadaan dan mengagihka­n topeng muka apabila pelajar kembali daripada cuti persekolah­an.

Mengenai sumber air terjejas akibat kemarau di kawasan Bekenu, beliau berkata dua kampung sudah mengemukak­an permintaan agar penghantar­an bekalan air bersih dilakukan.

Kampung Iran dan Kampung Tegageng di Niah memohon permintaan di Pejabat Daerah Sepupok dan jawatankua­sa penyelaras­an bantuan bencana daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Miri secara rasmi mengarahka­n Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) menangani isu kekurangan air itu.

“Jabatan itu mengesahka­n bahawa permohonan diterima hari ini (semalam) dan persediaan sudah dibuat untuk menghantar air terawat dengan lori tangki air,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu itu berkata, selain kedua-dua kampung terbabit, Pejabat Daerah Sepupok masih belum menerima permintaan dari kampung lain atau rumah panjang di kawasannya sementara bekalan air di bandar Niah dan Bekenu masih pada paras normal.

Bercakap kepada Utusan Borneo di sini semalam, beliau turut menasihati rakyat agar berhati-hati terhadap bahaya kebakaran semasa musim kemarau yang dijangka berlarutan sehingga Oktober nanti. MIRI: Curtin University Kampus Malaysia (Curtin Malaysia) di Senadin menutup sementara kelas-kelas kuliahnya berkuat kuasa semalam berikutan keadaan jerebu semakin buruk selain kualiti udara sangat tidak sihat dan berbahaya menyelubun­gi kawasan institusi itu.

Curtin Malaysia dalam kenyataann­ya di sini semalam memberitah­u bahawa pengurusan kampus mengambil langkah berjaga-jaga dengan membatalka­n semua kuliah buat sementara waktu kerana tidak mahu pelajar, pensyarah dan kakitangan­nya berdepan dengan risiko akibat pendedahan terhadap jerebu agak buruk ketika ini.

“Pada masa sama pihak pengurusan kampus terus memantau keadaan dan memastikan komuniti kampus dimaklumka­n tentang perkembang­an terkini dari semasa ke semasa.

“Kakitangan dan pelajar dinasihati sentiasa berada dalam rumah atau asrama mereka, memakai topeng muka dan meminum air dengan banyak,” kata kenyataan itu.

 ??  ?? MAKLUMAT: Rosey mendengar teliti permasalah­an penduduk khususnya berkaitan krisis air semasa melawat sebuah kampung di kawasan Bekenu semalam.
MAKLUMAT: Rosey mendengar teliti permasalah­an penduduk khususnya berkaitan krisis air semasa melawat sebuah kampung di kawasan Bekenu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia