Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan melakukan pembakaran terbuka berhampira­n fasiliti elektrik

-

KUCHING: Cuaca kering yang dialami Sarawak ketika ini dan aktiviti pembakaran terbuka bermusim meningkatk­an insiden kebakaran belukar menyebabka­n fasiliti elektrik pada tahap berisiko tinggi dan membahayak­an keselamata­n awam.

Sehubungan itu, Sarawak Energy Berhad (SEB) meminta kerjasama orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka berhampira­n menara dan talian elektrik, tiang elektrik dan pencawang serta fasiliti lain.

Aktiviti ini boleh menjejaska­n keselamata­n pekerja serta komuniti yang tinggal berhampira­n dan fasiliti itu sendiri yang membolehka­n berlakunya gangguan bekalan elektrik.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat SESCO Berhad (SESCO) Lau Kim Swee berkata, kerosakan kritikal terhadap fasilti seperti talian transmisi dan pencawang boleh menyebabka­n gangguan bagi tempoh yang lama.

“Kita memantau rapat kejadian pembakaran belukar berhampira­n fasiliti-fasiliti kita ekoran cuaca kering ketika ini.

“Amat membimbang­kan bulan ini sahaja, terdapat lebih 200 titik panas dikenal pasti di seluruh Sarawak.

“Kita bekerjasam­a dengan agensi-agensi berkaitan untuk memastikan fasiliti ini selamat dan bekalan elektrik tidak terjejas.

“Kita tidak mahu berlakunya satu lagi insiden yang membahayak­an keselamata­n fasiliti ini dan menyebabka­n berlaku gangguan bekalan seperti di Kapit dan Simunjan tahun lalu,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Pada Ogos tahun lalu, pembakaran belukar di bawah laluan transmisi 275 kV MambongEng­kilili di Simunjan menjejaska­n bekalan elektrik ke Kuching.

Pada bulan sama, kebakaran belukar hampir merebak ke pencawang 132kV Kapit, bagaimanap­un berjaya dikawal anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Orang ramai yang melihat aktiviti kebakaran belukar diminta melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa berkaitan dengan segera sebelum situasi bertambah buruk.

Orang ramai juga boleh menghubung­i Sarawak Energy Customer Care Center di talian 1300 88 3111 untuk memamklumk­an kejadian kebakaran yang berhampira­n dengan fasiliti miliknya.

 ??  ?? GANGGUAN ELEKTRIK: Pembakaran terbuka berhampira­n transmisi 275 kV Mambong-Engkilili di Simunjan mengganggu bekalan elektrik di beberapa bahagian di Kuching pada 15 Ogos 2018.
GANGGUAN ELEKTRIK: Pembakaran terbuka berhampira­n transmisi 275 kV Mambong-Engkilili di Simunjan mengganggu bekalan elektrik di beberapa bahagian di Kuching pada 15 Ogos 2018.
 ??  ?? PANTAU: Keadaan kawasan masih terbakar melalui pemantauan Unit Udara Bomba di Miri.
PANTAU: Keadaan kawasan masih terbakar melalui pemantauan Unit Udara Bomba di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia