Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli keluarga tentera hilang diterbangk­an ke Kedah

Kos penerbanga­n ditanggung Kerajaan Sarawak, logistik dari Alor Setar ke kem askar diurus Rumah Sarawak

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Empat ahli keluarga Koperal David Edmund Rapi diterbangk­an ke Kedah semalam, bagi mendapatka­n maklumat serta membawa pulang barangan peribadi mangsa.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, keluarga David dari Dalat yang diiringi seorang Pegawai Unit Keselamata­n dan Penguatkua­saan Negeri (UKPN) Zayadi Sebeli akan berlepas ke Kuala Lumpur seterusnya ke Kedah semalam dan dijangka kembali pada 17 Ogos.

Beliau berkata, kos penerbanga­n ditanggung oleh Kerajaan Sarawak manakala logistik dari Alor Setar ke kem askar diurus oleh Rumah Sarawak.

“Ahli keluarga David yang terdiri daripada bapanya, Edmund Rapi Idal, Teresa Hamline Neh (ibu), Morni (abang) dan Nur Lina Aisyah (adik) serta pegawai keselamata­n daripada UKPN, Zayadi akan berangkat ke Kuala Lumpur pada jam 10.15 pagi dan seterusnya ke Alor Setar, Kedah jam 2.30 petang hari ini (semalam).

“Selepas sampai di Alor Setar, mereka akan menginap di rumah rehat kem tentera di sana.

“Tujuan ahli keluarga ke sana adalah untuk mengambil barangan hak milik Koperal David Edmund Rapi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung bantuan kerajaan negeri kepada ahli keluarga anggota tentera yang hilang di Pulau Perak di Bilik Media, Terminal VIP, Lapangan Terbang Antarabang­sa

Ahli keluarga David yang terdiri daripada bapanya, Edmund Rapi Idal, Teresa Hamline Neh (ibu), Morni (abang) dan Nur Lina Aisyah (adik) serta pegawai keselamata­n daripada UKPN, Zayadi akan berangkat ke Kuala Lumpur pada jam 10.15 pagi dan seterusnya ke Alor Setar, Kedah jam 2.30 petang hari ini (semalam).

Dato Sri Fatimah Abdullah

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

Kuching (LTAK) di sini, semalam.

David, 39, adalah antara dua anggota tentera termasuk Lans Koperal Moses Logers, 25, yang dilaporkan hilang ketika bertugas di kawasan Ops Pejarak di Pulau Perak, Kedah sejak 19 Julai lalu.

Fatimah memberitah­u,

beliau turut menawarkan keluarga Moses untuk mengikuti penerbanga­n sama namun mereka telah menolak pelawaan tersebut.

“Keluarga Moses memaklumka­n tidak akan turut serta kerana sebelum ini sudah pergi ke Pulau Perak atas inisiatif mereka sendiri. Mungkin kerana mereka mempunyai pengalaman buruk di sana,” ujarnya.

Fatimah yang mewakili ahli keluarga David dan keluarga Moses dari Bau berharap operasi mencari dan menyelamat kedua-dua mangsa diteruskan sehingga mereka ditemui.

“Kerajaan negeri dan ahli keluarga juga berharap maklumat mengenai keduadua anggota tentera yang hilang ini dimaklumka­n dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fatimah turut merakamkan penghargaa­n kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta pihak yang terlibat dalam memberi bantuan kepada keluarga anggota tentera yang hilang ini.

 ??  ??
 ??  ?? BANTUAN: Fatimah bersama keluarga David yang terdiri daripada bapanya, Edmund Rapi (dua kiri) Teresa, Nur Lina dan Morni selepas sidang media di LTAK semalam. Turut kelihatan, Chai (kiri).
BANTUAN: Fatimah bersama keluarga David yang terdiri daripada bapanya, Edmund Rapi (dua kiri) Teresa, Nur Lina dan Morni selepas sidang media di LTAK semalam. Turut kelihatan, Chai (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia