Utusan Borneo (Sarawak)

Bapa anggota tentera hilang hargai bantuan daripada kerajaan negeri

-

KUCHING: Bapa kepada salah seorang anggota tentera yang hilang di Pulau Perak, Kedah menzahirka­n ucapan penghargaa­n atas bantuan kerajaan negeri yang membiayai kos penerbanga­n mereka sekeluarga semalam.

Edmund Rapi Idal berkata, mereka hampir berputus asa apabila pada mulanya dimaklumka­n oleh pihak pengurusan kem bahawa kos penerbanga­n ke lokasi kem tentera tempat anaknya, Koperal David Edmund Rapi bertugas ditanggung keluarga sendiri.

Beliau berkata, tawaran bantuan yang disalurkan kerajaan negeri agak melegakan perasaan mereka sekeluarga yang masih belum mendapat maklumat terperinci mengenai kehilangan David.

“Kami sekeluarga ingin merakamkan pengharaga­an kepada kerajaan negeri terutama kepada Ketua Menteri dan mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu pengurusan penerbanga­n ke sana,” katanya.

Edmund berkata demikian pada sidang media berhubung bantuan kerajaan negeri kepada ahli keluarga anggota tentera yang hilang di Pulau Perak, Kedah oleh Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah di Bilik Media, Terminal VIP, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) di sini, semalam.

Dalam pada itu, abang David, iaitu Morni Edmund Rapi, berharap pihak pengurusan tentera dapat menyalurka­n maklumat terkini mengenai kehilangan adiknya setibanya mereka di sana.

“Sebab sehingga hari ini, kami masih belum mendapat maklumat sepenuhnya tentang kehilangan adik saya, David serta seorang lagi tentera yang dilaporkan turut hilang, Lans Koperal Moses Logers daripada pihak berkaitan.

“Kami cuma ada maklumat mengatakan kehilangan mereka sahaja. Itu sahaja. Justeru, saya harap usaha kami dengan dibantu kerajaan negeri kali ini berbaloi.

“Harapan kami agar mendapat maklumat lengkap dan perkembang­an terkini tentang David dan Moses semasa kami berada di sana nanti,” katanya sambil meminta agar perkara ini jangan dipolitikk­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia