Utusan Borneo (Sarawak)

SEDC terus berusaha tambah baik keadaan di medan niaganya

-

KUCHING: Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) akan terus berusaha menambah baik keadaan di medan niaga di bawah pengurusan­nya di Sibu dan Miri.

Demikian kata Pengurus Besar SEDC Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir merujuk kepada beberapa isu yang timbul di Medan Niaga Simpang 3, Sibu dan di Medan Niaga Miri menerusi kenyataan medianya semalam.

“Pihak kami memang akur dengan adanya beberapa isu yang telah disuarakan oleh para pelanggan kami yang beroperasi di Medan Niaga Sibu dan di Miri, namun kerja penambahba­ikan telah pun dilaksana,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya telah menyelesai­kan isu tunggakan pembayaran bil elektrik yang berlaku di Medan Niaga Simpang 3, Sibu dan perkara ini telah mendapat kerjasama daripada pihak Sarawak Energy Berhad (SEB).

“Menurut siasatan dalaman kami, gangguan elektrik yang berlaku baru-baru ini berpunca daripada masalah teknikal dan bukannya tunggakan pembayaran bil seperti yang didakwa melalui laporan akhbar tempatan,” katanya.

Beliau berkata, bekalan elektrik di ruang makan Medan Niaga Simpang 3, Sibu telah disambung semula oleh pihak SESCO pada hari yang sama dan para penyewa telah menjalanka­n operasi perniagaan seperti biasa.

“Bagi kerja penambahba­ikan di Medan Niaga Miri, kerja sedang giat dijalankan pihak kontraktor yang dilantik dan ia dijangka selesai tidak lama lagi,” ujarnya.

 ??  ?? RANCAK: Kerja penambahba­ikan di Medan Niaga Miri.
RANCAK: Kerja penambahba­ikan di Medan Niaga Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia