Utusan Borneo (Sarawak)

Rosakkan almari pakaian ibu saudara, lelaki kena empat bulan

-

SIBU: Mahkamah Majistret di sini semalam menjatuhka­n hukuman denda RM2,000 terhadap seorang lelaki yang mengaku bersalah atas tuduhan melakukan khianat dengan merosakkan almari pakaian milik ibu saudaranya.

Tertuduh, Muhammad Danial, 32, bagaimanap­un gagal membayar denda terbabit dan diperintah menjalani hukuman penjara empat bulan.

Mengikut pertuduhan, Danial didakwa melakukan perbuatan khianat itu di sebuah rumah di Jalan Bandong pada 24 Julai 2019, kira-kira jam 9.30 malam.

Dia yang didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan bertindak merosakkan almari pakaian milik ibu saudaranya, menyebabka­n kerugian sebanyak RM200.

Berdasarka­n fakta kes, pada 24 Julai 2019, kira-kira jam 9.30 malam, pengadu memberitah­u tertuduh telah membaling objek yang mengenai kepalanya.

Pengadu yang juga ibu saudara tertuduh memberitah­u tertuduh telah menyelongk­ar barangan peribadi miliknya untuk mencari wang.

Bertindak atas laporan polis yang dibuat oleh pengadu, tertuduh telah ditahan di tepi Jalan Bandong bagi membantu siasatan.

Siasatan lanjut mendapati tertuduh telah melakukan kekacauan di dalam bilik mangsa serta merosakkan almari pakaian miliknya, menyebabka­n kerugian sebanyak RM200.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia