Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ragut beg wanita dicekup

-

MIRI: Orang awam berjaya menahan seorang lelaki tempatan selepas meragut beg sandang seorang wanita dalam kejadian di Jalan Boulevard 3C di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata suspek berusia 29 tahun itu diserahkan oleh orang awam kepada polis bagi tindakan lanjut.

“Dalam kejadian sekitar jam 10 pagi itu, beg sandang yang digalas di belakang oleh seorang wanita berusia 22 diragut oleh suspek.

“Kemudian orang awam yang berada di sekitar kawasan terus bertindak menangkap peragut tersebut dan menyerahka­nnya kepada polis.

“Semasa kejadian mangsa sedang berjalan seorang diri untuk pergi ke tempat kerja di sebuah salon rambut berdekatan kawasan Boulevard di sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Lim berkata, akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan di bahagian lutut dan lebam di bahagian lengan kiri.

Selain itu, semakan rekod jenayah lampau suspek terbabit mendapati suspek pernah ditangkap bersabit kes curi dan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan semasa melakukan ragut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia